ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jeep Elektrik Pertama Akan Dilancarkan Pada Tahun 2023 Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Stellantis Group mencipta satu lagi pencapaian baharu dalam portfolio elektrik syarikat melalui perancangan untuk menggunakan jenama ikonik seperti Lancia dan Opel bagi menghasilkan EV khas supaya dapat menguasai lebih banyak segmen khusus.


Perancangan ini dibuat selepas pengumuman kehadiran EV Ram elektrik sepenuhnya yang akan mula ditawarkan pada tahun 2024 untuk bersaing dengan EV Ford F-150 Lightning dan Chevrolet Silverado.



Buat masa ini, syarikat sedang menguji strategi EV di Amerika Syarikat dengan trenkuasa hibrid  plug-in  Jeep bagi Wrangler 4xe  dan  Grand Cherokee 4xe.


Namun, tanpa membuang masa walau strategi EV ini masih sedang dikaji, seluruh dunia sudah tahu bahawa sebuah model SUV elektrik sepenuhnya bakal dilancarkan tahun depan, Jeep juga telah mula mendedahkan foto-foto rami pertama model terbaharu ini.



Berdasarkan foto yang dikongsikan, Jeep ini memiliki bentuk badan yang kompak dengan rekaan bumbung terapung. Grilnya pula tampil dalam reka bentuk lebih moden, namun secara keseluruhannya ia tidak kelihatan begitu berbeza dengan Jeep Compass. Model ini turut menggunakan plat anti-calar berwarna satin perak, lampu depan LED halus, dan juga satu set rim aloi untuk melengkapkan pakej.

 

Jeep EV ini bakal menjadi salah satu pelopor dalam untuk mencapai matlamat syarikat iaitu karbon neutral menjelang tahun 2038.  Tambah syarikat, menjelang tahun 2030, ia akan mengurangkan jejak karbon globalnya sehingga separuh daripada biasa dan mempunyai nisbah jualan kenderaan elektrik bateri 1:1 di Amerika Syarikat. Sebaik semuanya dilaksanakan, syarikat berharap untuk mencapai margin keuntungan dua digit berbanding hasil yang diperoleh tahun lalu.


Namun begitu, tiada spesifikasi atau maklumat tambahan diberikan berkenaan Jeep elektrik yang dinantikan ramai ini. Tetapi memandangkan ia dirancang untuk dilancarkan awal tahun depan, berkemungkinan besar,  informasi akan dikeluarkan kepada orang awam tidak lama lagi. 


Model terbaharu ini bakal dibina berdasarkan platform STLA Medium. Platform ini pada asalnya dirancang untuk digunakan dalam penghasilan produk-produk Alfa Romeo yang akan datang, dan ia dikatakan memiliki jarak bateri kira-kira 435 batu (700 km).


Ketua Pegawai Operasi, Carlos Tavares menjelaskan dalam pembentangan pelan strategik Stellantis, "Kualiti sedia ada yang menjadi teras kepada jenama Jeep akan dipertingkat dengan elektrifikasi: keupayaan, kebebasan terbuka, keseronokan dan gaya.  Model terbaharu ini bakal ditawarkan pada separuh pertama tahun depan sebagai barisan Jeep elektrik sepenuhnya."


Stellantis memaklumkan bahawa selepas Jeep ini, van komersial Ram pula akan dikeluarkan pada tahun 2023 dan seterusnya trak tugas ringan pada tahun 2024.  Pada tahun 2024 akan datang, Jeep aka mengeluarkan SUV off-road dan juga SUV untuk kegunaan keluarga. 


Pengeluaran EV Dodge akan dimulakan pada penghujung tahun 2024, sebelum diikuti oleh kereta untuk kegunaan keluarga, Chrysler pada tahun 2025.  Menjelang tahun 2025, kita boleh menjangkakan lebih daripada 25 kenderaan elektrik bateri secara keseluruhannya.


Dijangka akan dilancarkan juga ialah sistem bantuan pemandu bebas pandangan (eyes-off) dan bebas tangan (hands-free),  STLA AutoDrive Tahap 3 untuk barisan kereta tahun 2024. Van penghantaran Waymo pula akan dilengkapi sistem Tahap 4 dan 5.


Kenderaan komersial juga merupakan salah satu bahagian penting dalam strategi global jangka panjang.  Sebanyak 26 produk baharu bakal dilancarkan dan model elektrik sepenuhnya pula dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2027.

Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE7061

SELANGOR

BSR3555

JOHOR

JYB7823

PULAU PINANG

PSD4934

PERAK

APJ5681

PAHANG

CFG9704

KEDAH

KGG8102

NEGERI SEMBILAN

NEK8027

KOTA KINABALU

SJS8041

KUCHING

QAB1387P

Terakhir Kemas Kini 02 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-03-2022
Kereta Baru

22-06-2021
Berita Auto

17-03-2021
Berita Auto

06-01-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.

01-07-2026
Berita Auto
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026
Berita Auto
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
Berita Auto
Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.

01-07-2026
Berita Auto
Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel

Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel

Harga Runcit Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 8 Julai 2026.

01-07-2026
Berita Auto
LRT3 Kena Serbu: 60,000 Orang Naik LRT3

LRT3 Kena Serbu: 60,000 Orang Naik LRT3

Orang ramai tidak melepaskan menaiki LRT3, semalam.

01-07-2026
Berita Auto
Neolix Dapat Kebenaran MOT Uji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Cyberjaya

Neolix Dapat Kebenaran MOT Uji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Cyberjaya

Neolix, secara rasmi mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk memulakan ujian jalan raya di Cyberjaya.

30-06-2026
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

Hyundai Motor Malaysia dengan kerjasama Heng Lian Enterprise Bhd, membuka cawangan Pusat 3S Hyundai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

30-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.