Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Nampaknya gambar intip dan butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Daripada pendedahan itu, gambar intip menunjukkan ia hadir dengan lampu hadapan baharu manakala sebahagian daripada gril menampilkan elemen corak kain songket serta ‘etheral bow’
Ini membuatkan reka bentuknya agak berbeza daripada apa yang dibayangkan oleh ramai pihak sebelum ini.


Selain reka bentuk luarannya, terdapat juga gambar yang menunjukan papan pemukanya dimana kita dapat melihat corong udara seolah-olah berbentuk pil.
Namun apa yang lebih menarik adalah gambar intipan menunjukkan ia akan hadir dengan skrin berkembar untuk paparan instrumen digital dan skrin infotainmen.

Apapun, Proton dilihat mahu memberikan sentuhan moden sepenuhnya pada bahagian dalaman Proton Saga dan tidak meniru gaya produk berasaskan Geely seperti Proton X50 2025 facelift yang baru dilancarkan, mahupun sedan segmen C Proton S70.
Selain itu, terdapat juga gambar dokumen yang mengandungi butiran yang mungkin lebih menarik. Antaranya, dokumen itu mendakwa barisan model Proton Saga 2025 akan hadir dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Dokumen tersebut menunjukkan bahawa ketiga-tiga varian akan disumbat dengan enjin 1.5 liter yang dikatakan sebagai enjin petrol 4-silinder baharu. Apa yang menarik, ia akan hadir dengan transmisi automatik konvensional (AT) dan bukan lagi manual (MT).
Lagipun, kita sedia maklum bahawa Proton akan menghentikan sepenuhnya transmisi manual daripada barisan modelnya.
Ini kerana jualan model manual dilihat semakin merosot sejak kebelakangan ini. Jadi, perkara ini sudah dijangka dimana Proton Saga baharu tidak lagi didatangkan dengan versi manual.
Secara khusus, varian Standard dan Executive akan menggunakan kotak gear AT, manakala varian tertinggi Premium akan dilengkapi dengan CVT. Kehadiran semula CVT ini agak mengejutkan memandangkan ia telah digantikan dengan kotak gear 4AT dalam model Saga sedia ada.
Buat masa ini, tidak jelas sama ada kotak gear AT tersebut adalah unit 4AT yang dibekalkan oleh Aisin seperti dalam model Saga sedia ada. Malah, masih tidak pasti sama ada kotak CVT yang disebut adalah unit daripada Punch yang digunakan dalam model Persona dan Iriz ketika ini.

Pilihan Proton untuk menawarkan kedua-dua jenis transmisi AT dan CVT mengikut varian juga memberi gambaran bahawa enjin 1.5 liter 4-silinder baharu ini mungkin akan mempunyai talaan kuasa yang berbeza .
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi sehingga Proton Saga MC3 2025 didedahkan kepada umum selewat-lewatnya hujung tahun ini
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
