AHTV Bakal Jadi Hab Kenderaan Tenaga Baharu Dunia

Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak melakar sejarah apabila DRB-HICOM memeterai Perjanjian Kerjasama Utama (MCA) dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).
DRB-HICOM berkata, AHTV akan menjadi hab kenderaan antarabangsa generasi akan datang.
Ia meliputi penyelesaian automotif dan mobiliti yang luas di seluruh rantaian nilai, daripada pusat penyelidikan dan pembangunan global berteknologi tinggi sepenuhnya kepada pemain pengeluar peralatan asal automotif (OEM) bertaraf dunia, kluster pembuatan serta perkhidmatan sokongan dan ekosistem yang berkaitan.
AHTV dijangka akan menarik pelaburan domestik dan asing serta mendorongnya untuk menjadi hab automotif antarabangsa bagi kenderaan tenaga baharu (NEV).
"Fokus syarikat bukan sahaja kepada pengeluaran kereta pelbagai jenama tetapi juga pembuatan komponen dan alat ganti berteknologi tinggi untuk NEV,” katanya.
Terdahulu, majlis menandatangani membabitkan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Hartanah dan Perancangan & Strategi Korporat DRB-HICOM, Azri Zaharuddin dan Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Operasi Geely, Dr Wei Mei.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu yang diadakan di Proton Tanjong Malim.

Sementara itu, Anwar dalam satu kenyataan di Facebook berkata, sokongan Kerajaan Perpaduan serta kelancaran projek ini menjadi contoh kepada pelabur-pelabur terhadap pendekatan Malaysia dalam memudah cara pelaburan dengan cekap dan segera.
"Semoga projek ini berjaya seperti yang dirancang, Insya-Allah," katanya.
Projek AHTV membabitkan pembukaan di kawasan berkeluasan dianggarkan kira-kira 400 hektar yang akan dibangunkan sebagai hab Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) di Tanjung Malim.
Dalam tempoh 10 tahun akan datang, AHTV dijangka menarik pelaburan bernilai kira-kira RM32 bilion, termasuk pelaburan daripada syarikat kereta nasional, PROTON.
AHTV akan menjadi pusat penyelidikan berasaskan tropika diiktiraf di peringkat global dan pembangunan komponen automotif berteknologi tinggi.
Ia turut merangkumi universiti penyelidikan yang bertujuan memperluaskan keupayaan pekerja automotif Malaysia dan membantu negara menjadi peneraju serantau pendidikan kejuruteraan automotif, teknologi maklumat, kecerdasan buatan, dan pembangunan perisian.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



