ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

2021 Mazda CX-3 Kini Tampil Dengan Lebih Banyak Kelengkapan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kereta kompak SUV 2021 Mazda CX-3 telah ditambah baik dengan ciri keselamatan dan sambungan tambahan.  


Antara ciri standard yang ditawarkan ialah Apple Carplay dan Android Auto, serta tempat duduk berbalutkan fabrik-kulit. Selain itu, turut didatangkan secara standard ialah Sistem Pemantau Pandangan 360 Darjah.  Ciri premium yang ditawarkan pula ialah seperti Paparan Memandu Aktif, paparan skrin sentuh berwarna penuh tujuh inci dengan Mazda Connect,  Bluetooth untuk sambungan dengan telefon pintar dan audio, serta sistem audio enam speaker. 


Berkenaan bahagian luaran kereta pula, CX-3 yang telah diperbaharui ini didatangkan secara standard dengan lampu depan LED, lampu belakang LED dan juga lampu DRL LED.  Bukan itu sahaja, lampu depan LEDnya juga turut lengkap dengan ciri buka/tutup automatik dan juga pengarasan automatik. 


Model ini turut dilengkapkan dengan roda aloi aluminium bersaiz 18 inci, sebuah spoiler bumbung,  dwi-outlet ekzos keluli tahan karat, gril depan berwarna hitam, sunroof elektronik dan juga sensor parkir hadapan.  


Ciri keselamatan standard yang dimiliki CX-3 ialah 6 beg udara SRS (pemandu dan penumpang hadapan, tepi dan tingkap), sistem brek anti-kunci (ABS), kawalan kestabilan dinamik (DSC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Lampu Berhenti Kecemasan (ESS), dan Bantuan Mula Mendaki (Hill Launch Assist) serta ciri keselamatan termaju i-ACTIVSENSE  yang termasuklah Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) 

Selain itu, turut terdapat Kawalan Lampu Suluh Tinggi (HBC), Sistem Amaran Keluar Laluan (LDW), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA), dan Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) untuk kedua-dua bahagian depan dan belakang. 

Enjin yang digunakan ialah enjin gasolin 2.0 liter  SKYACTIV-G yang menjana 154 hp kuasa kuda pada 6,000 rpm dan 206 Nm daya kilas pada 2,800 rpm. Kenderaan ini turut lengkap dengan transmisi automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE, lengkap dengan mod Manual Shift.  Tidak cukup dengan itu, CX-3 turut didatangkan dengan teknologi Kawalan G-Vectoring Mazda. 



Mazda CX-3 tahun 2021 ini didatangkan sepenuhnya dari negara Jepun dalam lima warna berbeza iaitu Soul Red Crystal, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Machine Gray, dan warna terbaharu, Polymetal Gray. 


Pengedar tunggal kenderaan Mazda Malaysia, Bermaz Motor Sdn Bhd telah pun mula membuka tempahan Mazda CX-3 tahun 2021 dengan harga yang bermula daripada RM130,729 dan akan tiba di Malaysia pada bulan Julai tahun ini.  Harga yang dinyatakan ini adalah termasuk pengecualian 50 peratus cukai jualan (SST) untuk model CBU yang sah dari 1 Mac, 2021 hingga 30 Jun 2021. 

Dalam hal ini, pelanggan yang membuat tempahan dari sekarang hingga 30 Jun tahun ini sahaja yang akan menerima harga dengan pengecualian cukai SST bagi model ini



Pembelian didatangkan dengan waranti pengeluar 5 tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu). Penyelenggaraan percuma berdasarkan standard pengeluar (buruh, alat ganti dan pelincir). 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4451

SELANGOR

BSR6550

JOHOR

JA4193J

PULAU PINANG

PSD8530

PERAK

APJ9073

PAHANG

CFH1849

KEDAH

KGH1351

NEGERI SEMBILAN

NEK9496

KOTA KINABALU

SJT1297

KUCHING

QAB2144P

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2026
Global
Global
Kereta Baru

02-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

03-09-2025
Kereta Baru

03-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.