Pembinaan laluan baharu tanpa lalu Terowong Menora sedang dikaji
Kerajaan negeri Perak sedang mempertimbangkan pembinaan jajaran lebuh raya yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kadar kemalangan berhampiran Terowong Menora.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan cadangan sebuah syarikat pembinaan berhubung pembinaan lebuh raya berkenaan.
“Bagaimanapun, pembinaan jalan yang dicadangkan itu tidak membabitkan pembiayaan perbelanjaan kerajaan negeri dalam bentuk inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
“Kita memang memerlukan laluan ini dan bersetuju untuk membina jajaran lebuh raya baharu yang menjadi jalan pintas ke Kuala Kangsar tanpa perlu melalui Terowong Menora,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran logo Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, jajaran yang dicadangkan itu membabitkan susur keluar Gopeng ke Kuala Kangsar.
"Kita juga mempunyai cadangan laluan lain tetapi ia masih belum muktamad. Kerajaan negeri tiada halangan, malah kita menyokong cadangan berkenaan,” jelasnya.
Sebaliknya beliau turut menafikan pihaknya akan menutup terowong berkenaan.
“Ini cuma jalan baharu dimana ia boleh membantu untuk mengelakkan kesesakan dan boleh dijadikan sebagai jalan pintas jika berlaku kemalangan di Terowong Menora,” ujarnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat