ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tesla Model 3 & Hyundai Kona Electric Akan Digunakan Polis Indonesia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru-baru ini Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) dilaporkan akan menggunakan Hyundai Kona Electric sebagai barisan kenderaan peronda Korps Lalu Lintas POLRI. Tetapi dalam laporan yang terbaru, selain model ini, mereka turut akan menggunakan Tesla Model 3. 

Dalam laporan yang sama, Hyundai Kona Electric dikatakan akan digunakan oleh pejabat gabenor Jawa Barat Indonesia, manakala Tesla Model 3 pula akan digunakan sebagai kereta peronda  Korps Lalu Lintas POLRI.

Sebelum ini, sebanyak tiga buah kereta Hyundai Kona Electric telah pun diberikan oleh Hyundai Indonesia kepada pejabat gabenor Jawa Barat. Ketiga-tiga kereta yang telah diberikan sudah diwarnakan dengan warna yang sesuai dengan badan beruniform tersebut serta dilengkapkan dengan pelbagai peralatan polis. 


Model Kona Electric yang digunakan ialah daripada varian Signature (asas) dengan harga RM197, 213 atau 697 juta rupiah.  Model ini menggunakan motor elektrik terpasang pada bahagian hadapan dengan kapasiti pengecasan sehingga 100 kW (136 PS/134 hp) kuasa dan juga 395 Nm daya kilas. 

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi pada 155 kmsj dalam masa hanya 9.9 saat.  Bateri yang digunakan ialah dari jenis polimer litium ion dengan output  39.2 kWh dan mampu mencapai jarak sejauh 289 km mengikut kitaran WLTP.

Dalam pada itu, dua entiti lain iaitu Ikatan Motor Indonesia (IMI) dan Prestige Image Motorcars telah bergabung dalam menyumbangkan Tesla Model 3 sebagai pinjaman.  Model ini turut diseragamkan dan dilengkapkan dengan peralatan polis. 


POLRI telah menerima varian Standard Range Plus untuk Tesla Model 3 yang ditawarkan oleh Prestige Image Motorcars dalam harga RM 424, 425 (1.5 bilion rupiah). Model kereta ini dipasangkan dengan motor elektrik pada bahagian belakang dengan kapasiti pengecasan sehingga 211 kW (287 PS/283 hp) kuasa dan juga 450 Nm daya kilas. 

Kereta ini memiliki daya pecutan dari pegun sehingga 100 kmsj dalam masa hanya 5.6 saat dan memiliki kelajuan tertinggi sebanyak 225 kmsj.  Tesla Model 3 menggunakan bateri litium ion dengan output sebanyak 54 kWh.  Model 3 mampu mencapai jarak sejauh 400 km mengikut kitaran WLTP dengan kos pengecasan serendah RM 19.81 (70, 000 rupiah).

Pada masa ini, hanya Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric sahaja model kereta elektrik yang telah menyertai barisan kenderaan POLRI. 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Berita Auto

16-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Berita Auto

26-09-2025
Teknologi

06-06-2025
Kereta Baru

18-02-2025
EV

27-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.