Kadar Kematian Jalan Raya Di Dunia
Percaya atau tidak, Malaysia menduduki tangga ketujuh daripada 10 senarai kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di dunia.

Ia didedahkan oleh sebuah badan bebas, Zutobi.com yang melakukan kajian ke atas 56 buah negara di seluruh dunia berhubung analisa kematian jalan raya, halaju maksimum dan peratusan pemakaian tali pinggang keledar.
Kajian itu juga menjalankan penyelidikan berkaitan kematian jalan raya akibat pengambilan alkohol dan kadar alkohol maksimum yang dibenarkan untuk pemandu.
Berdasarkan kajian Zutobi. Com, Afrika Selatan menduduki tempat pertama yang membabitkan kematian kemalangan jalan raya di dunia.
Afrika Selatan merekodkan nisbah kematian jalan raya kedua tertinggi iaitu 25.9 kematian untuk 100,000 penduduk dengan 57.5 peratus akibat mabuk.
Thailand menduduki tempat kedua sebagai jalan raya paling berbahaya di dunia. Sebanyak 32.7 kematian untuk setiap 100,000 orang penduduk.
Amerika Syarikat berada di tempat ketiga memandangkan penetapan kadar alkohol minimum iaitu 0.08g/dL dan had halaju maksimum yang juga tinggi iaitu 137 kilometer sejam di beberapa lebuh raya.
Sementara itu, Malaysia berada di tempat ketujuh dengan kadar kematian 23.6 maut untuk setiap 100,000 penduduk. Ia disebabkan penetapan kadar alkohol yang sama tinggi dengan Amerika Syarikat iaitu 0.08g/dL.
Kajian itu tidak menolak kemungkinan punca pengambilan alkohol menyumbang kepada kemalangan maut di Malaysia.
Bagaimanapun, Norway dinobatkan sebagai negara paling selamat buat pemandu dengan nisbah 2.7 kematian jalan raya untuk 100,000 penduduk.
Jepun pula menduduki tempat kedua dengan merekodkan peratus pemandu memakai tali keledar tertinggi iaitu 98 peratus.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG2038
SELANGOR
BSR6041
JOHOR
JA3041J
PULAU PINANG
PSD7824
PERAK
APJ8429
PAHANG
CFH1632
KEDAH
KGH1051
NEGERI SEMBILAN
NEK9215
KOTA KINABALU
SJT985
KUCHING
QAB2031P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat