Kejadian berlaku di sebuah lampu isyarat.
Seorang lelaki dibelasah teruk sehingga menyebabkan tujuh giginya patah gara-gara menegur seorang pemandu yang tidak memberikan lampu isyarat di sebatang jalan di Jalan Kolam, Kota Kinabalu.
Mangsa yang berusia 21 tahun itu turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan selepas menegur pemandu Alza yang tidak memberikan lampu isyarat ketika masuk ke lorong laju.
Mangsa yang membawa kereta Honda S660 dikatakan hanya menegur pemandu Alza berkenaan secara baik sebelum keadaan menjadi tidak terkawal di sebuah lampu isyarat.
Berang dengan teguran mangsa, pemandu Alza itu dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan sebatang besi.
-full.jpg)
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek memukul mangsa dengan menggunakan sebatang besi.
“Suspek bertindak masuk ke dalam kenderaannya dan terus meninggalkan lokasi kejadian manakala. Mangsa yang cedera dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan.
“Mangsa kemudian menghubungi keluarganya sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Bagaimapun, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenalpasti dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.
Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9541
SELANGOR
BSR5747
JOHOR
JA2203J
PULAU PINANG
PSD7450
PERAK
APJ8023
PAHANG
CFH1520
KEDAH
KGH637
NEGERI SEMBILAN
NEK9073
KOTA KINABALU
SJT671
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
