Pogba didenda kerana meletakkan keretanya melebihi tempoh
Bintang Manchester United, Paul Pogba akhirnya membawa pulang kereta mewahnya, Rolls Royce selepas ditinggalkan di kawasan parkir kenderaan polis hampir sembilan bulan lalu, lapor portal berita, MailOnline.
-full.jpg)
Pemenang Piala Dunia itu meletakkan kereta yang berharga £300,000 (RM1.7 juta) itu di sebuah kawasan parkir kenderaan polis berhampiran Lapangan Terbang Manchester sejak Jun tahun lalu.
Dia yang meraih pendapatan £260,000 (RM1.5 juta) dalam seminggu di Old Trafford dilaporkan telah menuntut kereta mewahnya pada Mac lalu selepas membayar caj penyimpanan sebanyak £5,500 (RM31, 395) gara-gara meninggalkan keretanya hampir 270 hari.
Malah, dia juga dilaporkan perlu membayar £150 (RM859) untuk kos tunda selain perlu membayar kos sebanyak £85 (RM487) kepada Mahkamah Majistret.
Laporan itu juga menyebut bahawa pemain bola sepak berusia 28 tahun pernah dilihat memandu beberapa kereta mewah seperti kereta Ferrari 812 termasuk Lamborghini Aventador dan Bentley Flying Spur selepas ‘kehilangan’ jentera Wraith Black Badge itu.
Kisah itu tersebar meluas selepas dia dilihat memandu kereta terbabit untuk ke rumahnya di Hale, Cheshire dengan masih menggunakan nombor pendaftaran Monaco.
Bagaimanapun, berdasarkan undang-undang negara itu, mana-mana kereta yang dibawa masuk ke dalam negara tersebut oleh bukan warganegaranya, ia perlu didaftarkan dengan Agensi Pelesenan Pemandu dan Kenderaan atau Driver and Vehicle Licensing Agency (DVLA)
Kenderaan berkenaan juga perlu memakai nombor pendaftaran United Kingdom dalam tempoh enam bulan dan jika gagal berbuat demikian, maka kenderaan itu akan dirampas pihak berkuasa.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
