Pengeluaran Chevrolet Camaro Dihentikan
Pengeluaran Chevrolet Camaro oleh General Motors (GM) di Lansing Grand River Assembly Plant, Detroit, Michigan terpaksa dihentikan seketika. 
Menurut sumber dari GM, fasiliti pengeluaran mereka akan berhenti bermula dari hari Isnin ini sehingga hujung bulan nanti. Hal ini disebabkan kerana krisis kekurangan cip semikonduktor yang telah lama mengganggu industri automotif.
Syarikat telah pun memulakan pelan strategik, yang mana mereka hanya akan menggunakan sejumlah cip semikonduktor yang tinggal hanya untuk menghasilkan kenderaan yang dapat memberi keuntungan besar dan mendapat permintaan tinggi seperti trak dan SUV.


Sehubungan dengan itu, pemberhentian seketika ini dikenakan ke atas fasiliti Detroit kerana lokasi ini terlibat dalam penghasilan model dengan jualan yang perlahan atau pengeluaran model terbaharu, ini termasuklah Chevrolet Camaro, Malibu, Cadillac CT4 dan CT5.
Sementara itu bagi Chevy Camaro, masa depan bagi model ini masih lagi bagai telur dihujung tanduk kerana ia merupakan antara tiga model kenderaan yang paling kurang mendapat sambutan, hasil pengeluaran dari fasiliti mereka yang berpangkalan di Michigan ini. Walau bagaimanapun, GM masih belum memberikan kata putus tentang rancangan masa depan kenderaan tersebut.


Pada masa yang sama, masih tidak dapat dipastikan sama ada pemberhentian pengeluaran ini akan memberi kesan kepada model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Cadillac Blackwing CT4-V dan CT5-V. Namun begitu, GM turut mengatakan bahawa mereka memiliki perancangan untuk menghasilkan seberapa banyak kereta yang boleh sebaik proses pengeluaran dimulakan kembali untuk menggantikan kehilangan pengeluaran dalam tempoh pemberhentian sementara ini.


Berdasarkan info terkini yang lain, komitmen daripada Ford dan Dodge kekal utuh untuk model Mustang dan Challenger keluaran mereka. Dalam masa yang sama, komitmen GM untuk menghasilkan kereta elektrik pada tahun 2035 memberi harapan kepada model terkini Camero generasi keenam kerana model ini berkemungkinan besar akan dihasilkan dalam versi elektrik sepenuhnya bagi generasi yang akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7674
SELANGOR
BSR5436
JOHOR
JA1279J
PULAU PINANG
PSD7162
PERAK
APJ7664
PAHANG
CFH1435
KEDAH
KGH286
NEGERI SEMBILAN
NEK8940
KOTA KINABALU
SJT413
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai & GM Bergabung Bina Lima Model Baharu – Sasar Jualan Lebih 800,000 Unit
Hyundai Motor Group mengumumkan kerjasama strategik bersama General Motors (GM) untuk membangunkan lima model kenderaan baharu bersama.
08-08-2025
Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta
General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.
06-08-2025
Desupan Corvette Z06, Mampu Hambur 670 Kuasa Kuda
Chevrolet mendedahkan jentera baharunya, Corvette Z06.
10-12-2021
Berita Terkini
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
