ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Gazoo Racing Malaysia Musim Ke-4

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota Gazoo Racing Malaysia kini kembali untuk musim yang ke-4 di Sepang International Circuit pada 27 Mac, 2021 yang akan dimulakan dengan perlumbaan pusingan pertama, Vios Challenge. 

Antara pengisian menarik sepanjang acara yang akan disiarkan secara dalam talian ini adalah tiga sesi kelayakan, enam perlumbaan secara individu, sesi temubual dengan pelumba dan banyak lagi.  

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor dan juga Ketua Pegawai Motorsport Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama berkata, TOYOTA GAZOO Racing Festival ialah sebuah aktiviti motorsport yang dibawakan khas untuk orang ramai. Festival yang bermula dari tahun 2017 ini telah pun dianjurkan di banyak lokasi berbeza sebelum ini. Peluang untuk menyiarkan karnival dan juga keseluruhan hujung minggu perlumbaan ini secara langsung dalam talian bermakna mereka akan dapat mencapai bilangan penonton yang lebih besar dan ini termasuklah peminat perlumbaan dari luar Malaysia. Namun begitu, cabaran yang perlu dihadapi pihak mereka adalah untuk membawa semangat dan juga atmosfera TOYOTA GAZOO Racing Festival itu ke alam maya.

Secara keseluruhannya, TOYOTA GAZOO Racing Festival bagi musim ke-4 akan menampilkan tiga siri perlumbaan unik sepanjang tahun yang melibatkan 11 buah perlumbaan kesemuanya

Terdapat empat kelas perlumbaan yang akan diadakan iaitu Rookie Class yang melibatkan enam orang pelumba baharu hasil asahan Gazoo Racing Young Talent Development Program, Promotional Class yang menampilkan pelumba selebriti, Sporting Class untuk pelumba amatur dan juga Super Sporting Class yang menampilkan pelumba elit dan profesional. 

Beliau turut berkata bahawa Rookie Class ialah salah satu elemen menarik yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat perlumbaan pada musim ini. Pelumba dalam kelas ini merupakan hasil daripada beberapa bulan latihan perlumbaan. Ramai yang tidak sabar untuk melihat prestasi pelumba muda ini di atas litar lumba yang sebenar kelak. Program latihan yang diadakan ini adalah inisiatif yang diambil Toyota sebagai pemberian kepada komuniti pelumba di Malaysia dengan membuka peluang kepada pelumba yang berbakat besar untuk memajukan diri dalam dunia perlumbaan. 

Di samping itu, musim ke-4 Gazoo Racing ini buat julung kalinya akan mengadakan GAZOO Racing Vios Sprint Cup dan juga GAZOO Racing Enduro Cup yang melibatkan dua pusingan dan empat perlumbaan. Pada masa akan datang, kedua-dua kejuaraan ini akan diadakan bersempena dengan perlumbaan tahunan Sepang 1000km Endurance Race.

.

Toyota Gazoo Racing Festival musim ke-4 akan diadakan secara tertutup dan disiarkan dalam talian untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam musim pandemik. Sehubungan itu, festival selama dua hari ini dikatakan akan menjadi sambutan yang terbesar kerana boleh ditonton di mana-mana sahaja, dalam dan luar Malaysia.

Kesemua aksi dalam Pusingan 1 akan bersiaran secara langsung di laman web UMW Toyota Motor Sdn Bhd iaitu toyota.com.my dan juga di page Facebook Toyota Malaysia dan Toyota Gazoo Racing Malaysia iaitu toyota.com.my/tgrmalaysia/. 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.

10-07-2026
Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Berita Auto

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.

18-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.