ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kelima-lima negara itu memiliki iklim yang berbeza.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Porsche mencetuskan persoalan pada bulan ini berikutan pelancaran Taycan Cross Turismo memandangkan tiada sebarang pelancaran kereta baharu seperti biasa dimana lazimnya akan mengadakan pandu uji secara rahsia yang melibatkan perjalanan sejauh ribuan kilometer.

Malah, tidak terkecuali bagi syarikat automotif berprestij ini, ia juga tidak terkecuali daripada mengadakan majlis media yang berprofil tingggi bagi memberi gambaran jelas mengenai sesebuah model yang dikeluarkan kepada media dunia.


Bagaimanapun, kali ini, Porsche mengambil langkah yang berbeza apabila ia dilihat telah menghantar beberapa model prototaip untuk tujuan pandu uji di seluruh benua selama lapan minggu.

Hakikatnya, tindakan itu diambil sebelum ia diperkenalkan kepada dunia menerusi tayangan perdana.

Susulan itu, hanya segelintir wartawan terpilih dari beberapa negara yang dikatakan berpeluang menyertai pandu uji.

Sepanjang pandu uji selama lapan minggu itu, Turismo dikatakan telah menjelajah sekurang-kurangnya lima negara yang mempunyai iklim berbeza.

Perjalanan ini sebenarnya menguji model berkenaan di kawasan suhu yang ekstrem dan pelbagai permukaan jalan raya.



Jentera itu dilaporkan memulakan perjalanannya dari sebuah kawasan padang pasir di Amerika Syarikat dan kemudian menuju ke sebuah kawasan hutan yang bersalji di Norway.

Ia kemudian diikuti dengan perjalanan ke United Kingdom sebelum Turismo kembali ke Eropah, Amsterdam dan akhirnya tiba di destinasi terakhirnya iaitu Jerman.

Cross Turismo yang sama dikatakan akan diperkenalkan secara maya di pentas  pelancaran majlis antarabangsa Porsche.


“Bagi kami, ia telah direka dengan begitu sempurna kerana anda berpeluang menyaksikan kereta  yang hebat berkilauan di pentas tayangan perdana dunia.

“Ia telah diuji di beberapa negara yang memiliki iklim yang berbeza termasuk tekstur permukaan yang juga berbeza.

"Jadi, biarpun prototaip ini telah disamarkan dengan yang asli namun ia telah menarik perhatian. Apa yang kami mahu adalah untuk terus mengupas cerita kereta ini,” kata Jurucakap Taycan& E-Mobility, Mayk Wienkotter.



Menurutnya, pihaknya telah memfokuskan kepada lima pasaran negara terbesar yang akan membantu jualan pengeluaran produk itu menyebabkan mereka mengadakan pandu uji di pelbagai zon iklim.

Misi itu dikatakan dapat membantu menyampaikan kredibiliti, prestasi dan kehebatan kenderaan berkenaan.

Jauh di sudut hatinya, beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai misi model itu.

“Tetapi saya yakin dengan pengeluaran produk ini kerana saya mampu tidur dengan nyenyak,” selorohnya.

Mengulas lanjut mengenai prototaip itu, beliau mengakui berlakunya kelewatan dalam pengeluaran protaip itu.

“Sebaliknya, ia banyak membantu dan memandangkan ia berasaskan Taycan, ia sebenarnya merupakan produk yang amat matang.

“Malah, usaha kami berhasil kerana kami tidak berhadapan dengan sebarang masalah teknikal,” katanya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7405

SELANGOR

BST4348

JOHOR

JD5647J

PULAU PINANG

PSF3075

PERAK

APL2337

PAHANG

CFH6182

KEDAH

KGH8561

NEGERI SEMBILAN

NEL6814

KOTA KINABALU

SJT8782

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-11-2025
Global

10-07-2025
Global

03-07-2025
EV

06-09-2024
EV

26-07-2024
Berita Auto

24-07-2024
Kereta Baru

17-07-2024
Kereta Baru

21-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.