Spesifikasi kenderaan ini masih menjadi persoalan
Spekulasi mengatakan bahawa UMW Toyota Motor akan memperkenalkan keluaran kereta terbaharunya, Toyota Corolla Cross di pasaran Malaysia pada Khamis ini sekitar pukul 8.30 malam.

Terdahulu, model ini disahkan akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini dan dijangka akan diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan secara maya.
Pelancaran model ini akan disiarkan menerusi laman web rasmi syarikat UMW, halaman Facebook dan laman perkongsian video, YouTube.
Hakikatnya, jentera ini telah pun diperkenalkan pada Julai tahun lalu di Thailand.
Ia hadir dengan empat varian iaitu Corolla Cross 1.8 Sport, Corolla Cross Hybrid Smart, Corolla Cross Hybrid Premium dan Corolla Cross Hybrid Premium Safety.
Harga model ini sekitar RM128,178 hingga RM160,256.
Bagaimanapun, Malaysia dikatakan hanya akan menerima dua varian namun butiran lanjut masih belum didedahkan.


Menyentuh mengenai warnanya pula, ia tampil dengan tujuh warna. Antaranya, Metal Stream Metallic, Attitude Black Mica, Red Mica Metallic, Celestite Gray Metallic, Nebula Blue, Graphite Metallic dan Platinum White Pearl.
Dari segi dimensi, ia memiliki 4,460 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,620 mm tinggi dan jarak antara roda pula ialah 2,640 mm.
Toyota Corolla Cross ini didatangkan dengan dua pemacu enjin iaitu 1.8 liter enjin petrol dan Pemacu hibrid dengan enjin petrol 1.8 liter .
Pemacu enjin petrol menghasilkan 140 hp manakala tork 172 Newton Meter bersama dengan transmisi automatik tujuh kelajuan.
Bagi model enjin hibrid, ia hadir dengan motor elektrik berkuasa 600 voltan yang mampu menjana kuasa 72 PS dan tork 163 Nm.
Ia dipadankan dengan enjin 1.8 liter 2ZR-FXE yang menawarkan tambahan kuasa 98 hp dan tork 142Nm menerusi e-CVT automatik Toyota.
Berdasarkan spesifikasi enjin di atas, desas-desus mengatakan bahawa Malaysia akan diberi pilihan antara varian petrol dan hibrid.
Menyentuh kembali mengenai varian enjin petrol, ia didatangkan dengan enjin 2ZR-FE, empat silinder 1.8 liter dengan teknologi Dual VVT-i.
Ia berkemungkinan akan dipadankan dengan kombinasi CVT yang sama seperti model sedan Corolla dan C-HR.
Enjin ini menawarkan keseimbangan terbaik antara prestasi dan kecekapan menerusi hamburan kuasa 140hp dan tork 172Nm.
Sementara itu, bagi variasi hibrid, ia juga dikatakan berkemungkinan akan menawarkan enjin versi kitaran Atkinson.
Enjin 2ZR-FXE mampu menghasilkan 98 hp pada 5200 rpm dan 142 Nm pada 3.600 rpm. Enjin ini dipadankan dengan motor elektrik yang menghasilkan 72 hp dan tork163 NMsekali gus menghasilkan jumlah output sistem sebanyak 122 hp.
Malah, ada juga mengatakan bahawa kemungkinan enjin 1.0 liter akan dibawa masuk ke Malaysia namun semuanya masih menjadi persoalan.
Apa yang kita boleh lakukan adalah hanya tunggu pada hari pelancaran model kereta ini.
Menyentuh mengenai aspek keselamatan Toyota Corolla Cross 2021 yang merupakan varian SUV pertama bagi jenama ini, ia dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA).
Malah, aspek keselamatan juga dipertingkatkan menerusi penawaran Toyota Safety Sense.
Ia terdiri daripada beberapa aspek keselamatan seperti Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Lencongan Lorong( dengan Bantuan Stereng), Kawalan Pemanduan Dinamik dengan Bantuan Pengesanan Lorong, Lampu Suluh Tinggi Atomatik termasuk Sistem Pemantau Pandangan.
Ia juga dilengkapi dengan sistem Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang selain terdapat tujuh beg udara.
Sebaliknya, apa yang menjadi persoalan sekarang adakah spesifikasi Toyota Corolla Cross akan hadir sama seperti spesifikasi Thailand?
Apakah pendapat anda?
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Corolla Cross SUV yg "Sangat mampu milik"? | Jom tengok Pandu uji + Full Review
SUV segmen B terbaru dalam pasaran - Toyota Corolla Cross! Harga bermula dari RM124K, berbaloi x beli SUV Toyota terbaru ni?
22-06-2021
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat