Tiada Lagi Kupon Parkir
Kerajaan negeri Selangor bakal menamatkan sistem kupon parkir manual di semua tempat letak kenderaan di bawah pentadbirannya pada 31 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakan pembayaran parkir digital secara sepenuhnya pada 1 Januari 2022.
“Pembayaran parkir menerusi Smart Selangor Parking (SSP) akan dilaksanakan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

"Kerajaan negeri juga akan mewujudkan kaedah petak parkir 'hot zone' di kawasan utama atau kawasan tumpuan awam dengan meletakkan had masa maksimum bagi setiap tempahan,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai parkir red zone, beliau berkata, petak parkir itu (red zone) tidak boleh digunakan melebihi tempoh dua jam (bagi setiap kenderaan).
"Tindakan ini diambil bagi memberi peluang kepada pengguna lain untuk mendapatkan petak parkir di kawasan sibuk dan padat,” ujarnya.
Tambah beliau, kadar bayaran hot zone adalah sama dengan lot parkir biasa namun terdapat had masa yang ditetapkan.
"Sebagai contoh, petak parkir biasa dikenakan 50 sen untuk satu jam, namun petak parkir 'hot zone' dikenakan bayaran 50 sen setiap 30 minit,”jelasnya.
Bagaimanapun, bagi memudahkan orang awam yang tidak mempunyai telefon pintar atau bukan penduduk negeri Selangor, sistem ejen e-parkir akan dilaksanakan. Sistem e-parkir membolehkan ejen membuat pembayaran parkir bagi pihak pengguna
Sehubungan itu, petak parkir itu dikatakan akan diberi nama yang lebih bersesuaian dan mesra pengguna selepas pindaan Jadual di dalam Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) yang digunapakai oleh PBT Negeri Selangor diwartakan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG2038
SELANGOR
BSR6041
JOHOR
JA3041J
PULAU PINANG
PSD7824
PERAK
APJ8429
PAHANG
CFH1632
KEDAH
KGH1051
NEGERI SEMBILAN
NEK9215
KOTA KINABALU
SJT985
KUCHING
QAB2031P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
