Zeekr bakal menyaingi Tesla
Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) bakal melancarkan kenderaan elektrik yang dikenali sebagai Zeekr.
Geely yang merupakan syarikat automotif terbesar di China dan juga memiliki jenama seperti Volvo, Lynk & Co, Polestar dan Proton itu bakal menggunakan strategi penjenamaan serta jualan baharu.

Menurut Geely, pihaknya akan membuka bilik pameran untuk menjual Zeekr pada harga yang ditetapkan.
“Ia tidak akan dijual kepada pengedar-pengedar sah seperti mana yang lazimnya dilakukan oleh syarikat lain.
“Malah, Geely akan menggunakan taktik jualan dan pemasaran baharu untuk menarik lebih ramai pembeli kereta elektrik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Malah, Zeekr juga dikatakan akan dikendalikan oleh sebuah anak syarikat Geely yang dikenali sebagai Lingling Tecnologies.
Dalam perkembangan sama, Model Zeekr yang menggunakan kerangka Sustainable Experience Architecture (SEA) dikatakan berupaya menandingi pengeluar kereta mewah lain seperti Mercedes-Benz.
Pengumuman ini dibuat selepas Geely berhasrat untuk bekerjasama dengan Foxconn bagi menghasilkan kenderaan elektrik untuk syarikat lain.
Ia juga diikuti dengan pengumuman syarikat enjin carian terbesar di China, Baidu yang berhasrat untuk bekerjasama dengan Geely bagi membangunkan kenderaan elektrik miliknya.

Susulan itu, kerajaan China dilihat sering kali mempromosikan penggunaan kenderaan tenaga baharu (NEV) dan berharap pihaknya menghasilkan 20 peratus dari jualan automotif tahunannya menjelang tahun 2025.
Terbaharu, portal berita, Wall Street Journal mendedahkan kerajaan China menyekat anggota tentera dan kakitangan awam daripada menggunakan kereta Tesla Inc.
Laporan itu menyebut kerajaan China bimbang data yang diperoleh melalui kamera yang terdapat dalam kenderaan itu (Tesla) mampu membocorkan rahsia keselamatan negara.
Kenderaan Tesla dilengkapi dengan pelbagai kamera dan pengesan pada bahagian luaran untuk kegunaan sistem bantuan pemandu dan parkir.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat