- Berita
- Berita Auto
- Arcfox Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Mengalahkan Tesla Dengan Alpha S Series Smart Car
Arcfox Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Mengalahkan Tesla Dengan Alpha S Series Smart Car
Pada 17 April, Arcfox mengumumkan pengeluaran model kereta kedua mereka, Alpha S serta Alpha S Hi yang dibangunkan hasil kerjasama dengan syarikat gergasi Huawei. Model kereta keluaran mereka ini dilengkapi dengan teknologi canggih yang mampu untuk bersaing dengan Tesla!

Sedan pertama daripada Arcfox ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Jika dilihat dari spesifikasi badannya, kereta ini setanding dengan Tesla Model S. Harga yang ditawarkan untuk Arcfox Alpha S Hi adalah bermula daripada RMB 388900 (Sekitar RM 246,313.90).

Dari segi reka bentuknya, Alpha S menerima sentuhan daripada pakar reka bentuk dunia, Walter de'Silva untuk merealisasikan konsep reka bentuk "kecantikan tanpa batasan."


Model kereta yang dihasilkan di bawah gabungan kerjasama dengan syarikat Huawei ini, Arcfox Alpha S Hi menerima teknologi yang baru dibangunkan Huawei iaitu sistem operasi mobil Harmony OS yang menggunakan cipnya sendiri. Sistem ini mampu menampung ekosistem 24 buah aplikasi termasuklah Kugou music dan aplikasi interaktif lain untuk membolehkan integrasi pengguna dengan kenderaan.
Di samping itu, konsol tengahnya pula lengkap dengan skrin LCD 20.3 inci yang menyokong paparan berdefinisi tinggi 4K dengan permukaan anti-silau dan anti-pantulan. Skrin ini tidak menggunakan banyak butang kawalan menjadikannya kelihatan lebih kemas dan moden.

Berkaitan kebolehan pandu-kendirinya, Alpha S dikatakan mencapai tahap L2.5 dalam teknologi ini. Anda boleh membaca artikel ini untuk lebih info tentang tahap-tahap berbeza pandu-kendiri. Alpha S Hi dilengkapi dengan 3 lidar separa solid gred automotif 96-baris, radar 6 mm-wave, 12 radar ultrasonik, 13 kamera dan juga cip yang dibangunkan Huawei dengan kuasa komputer mencecah 400 TOPs.
-full.jpg)
Dari segi kuasanya, Arcfox Alpha S Hi akan menggunakan dua motor yang terletak di depan dan belakang dengan kuasa maksimum sebanyak 473Kw yang mampu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat. Buat masa ini, Arcfox belum lagi mengumumkan jarak mileage kereta. Dilaporkan, Alpha S Hi boleh dicaj dalam masa hanya 10 minit menggunakan teknologi pengecasan pantas dan mampu bergerak sehingga sejauh 197 km! Jadi, macam mana? Tertarik tak nak beli kereta ni? Cun pun cunkan?
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Baik Atau Buruk? Pentadbiran AS Akhirnya Meluluskan Permohonan Lesen Huawei
Pentadbiran AS telah meluluskan permohonan lesen Huawei untuk membeli cip bagi mengembangkan perniagaan komponen automotif.
02-09-2021
Huawei Bakal Bangunkan Cip Semikonduktor Dan Dalam Proses Menghasilkan Kereta Elektrik!
Kebanyakan pengeluar kereta kini menanggung kerugian besar gara-gara mengalami kekurangan cip semikonduktor yang menjejaskan industri automotif. Malah, bekalan semikonduktor yang terhad ketika ini menyebabkan pengeluaran beberapa model terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
29-06-2021
Bakal Lancarkan Kereta Elektrik, Oppo Nak Ikut Jejak Huawei & Xiaomi?
Oppo, anak syarikat BBK Electronics merancang untuk terlibat dalam dunia automotif.
07-05-2021
Huawei Berkemungkinan Besar Akan Menjual Kereta Elektrik Tahun Ini!
Huawei dikhabarkan akan melebarkan sayap perniagaan melalui penglibatan dalam dunia pengeluaran automotif.
02-03-2021
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat