Nak Selamat Daripada Covid? Beli Honda!
Sebagai langkah pencegahan Covid-19, semakin ramai pengeluar kereta muncul dengan idea-idea teknologi baharu bagi mengelakkan penyebaran virus ini.
Syarikat seperti Jaguar Land Rover telah mendedahkan prototaip pembersih udara kabin mereka menggunakan teknologi Panasonic's Nanoe X yang dikatakan boleh menghilangkan Covid.
Baru-baru ini, pengeluar kereta Jepun pula, Honda Motor Co. Ltd telah memperkenalkan penapis udara kabin yang boleh membasmi virus dan juga bakteria berbahaya supaya individu yang masih belum menerima vaksin tidak terdedah kepada virus Covid-19.

Penghasilan penapis udara premium Honda ini adalah hasil kerjasama dengan Freudenberg Filtration Technologies dan akan mula tersedia sebagai alat ganti asli baharu yang boleh menggantikan penapis debunga yang standard.
Penapis ini terdiri daripada empat lapisan berbeza yang boleh menapis dengan baik, menampung dan mengelakkan gas berbahaya daripada berlegar dalam ruang kabin kereta, ini termasuklah pelbagai jenis partikel dan aerosol lain.
Lapisan penapis yang pertama dihasilkan daripada fiber mikro yang boleh memerangkap debu dan debunga. Lapisan yang ketiga dihasilkan daripada karbon yang diaktifkan. Karbon ini boleh menyerap partikel beracun dan juga gas asid. Walau bagaimanapun, daripada kesemua lapisan yang ada, lapisan keempatlah yang dapat membantu membunuh virus. Lapisan ini disalut dengan ekstrak buah-buahan.

Menurut syarikat, penapis udara ini boleh memerangkap sehingga 90 peratus virus dan memberhentikan 100 peratus daripadanya, termasuklah Covid-19.
"Memandangkan masyarakat sekarang lebih sedar tentang kesan bakteria dan virus seperti Covid-19, kami menjangkakan peningkatan yang tinggi terhadap permintaan untuk penyelesaian kepada isu perlindungan ini. Penapis udara kabin premium ini adalah contoh penting bahawa Honda bekerjasama dengan pembekal dengan segera untuk membawakan produk dengan manfaat sebenar yang dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan pemandu serta penumpang," kata Presiden Honda Access Europe, Eiichi Hino.
Penapis udara kabin premium Honda kini tersedia dalam pasaran Eropah. Pelanggan yang berminat juga boleh mendapatkan pemasangan penapis ini daripada pengedar tempatan. Untuk pengetahuan anda, penapis ini sesuai untuk dipasangkan pada pelbagai jenis Honda model baharu yang termasuklah Civic, Accord dan CR-V.



Namun begitu, syarikat masih lagi tidak mengumumkan tentang ketersediaan penapis udara premium ini di negara lain.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!
Sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di parkir Kondominium Tunas Residensi di Bayan Lepas, awal pagi semalam.
28-01-2026
Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan
Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan.
09-06-2025
Honda Civic Facelift 2025 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM144K Sahaja
Honda Civic facelift ini hadir dalam 4 varian.
09-01-2025
Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian
Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.
12-12-2024
Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini
Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.
01-10-2024
Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Ini spesifikasinya...
02-08-2024
Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan
Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.
26-07-2024
Tragis! Kemalangan Maut Di JB
Tiga terbunuh termasuk seorang wanita warga emas dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor, malam tadi.
06-03-2024
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
