ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Selamat Daripada Covid? Beli Honda!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sebagai langkah pencegahan Covid-19, semakin ramai pengeluar kereta muncul dengan idea-idea teknologi baharu bagi mengelakkan penyebaran virus ini. 

Syarikat seperti Jaguar Land Rover telah mendedahkan prototaip pembersih udara kabin mereka menggunakan teknologi Panasonic's Nanoe X yang dikatakan boleh menghilangkan Covid.  

Baru-baru ini, pengeluar kereta Jepun pula, Honda Motor Co. Ltd telah memperkenalkan penapis udara kabin yang boleh membasmi virus dan juga bakteria berbahaya supaya individu yang masih belum menerima vaksin tidak terdedah kepada virus Covid-19. 


Penghasilan penapis udara premium Honda ini adalah hasil kerjasama dengan Freudenberg Filtration Technologies dan akan mula tersedia sebagai alat ganti asli baharu yang boleh menggantikan penapis debunga yang standard. 

Penapis ini terdiri daripada empat lapisan berbeza yang boleh menapis dengan baik, menampung dan mengelakkan gas berbahaya daripada berlegar dalam ruang kabin kereta, ini termasuklah pelbagai jenis partikel dan aerosol lain. 

Lapisan penapis yang pertama dihasilkan daripada fiber mikro yang boleh memerangkap debu dan debunga.  Lapisan yang ketiga dihasilkan daripada karbon yang diaktifkan. Karbon ini boleh menyerap partikel beracun dan juga gas asid.  Walau bagaimanapun, daripada kesemua lapisan yang ada, lapisan keempatlah yang dapat membantu membunuh virus. Lapisan ini disalut dengan ekstrak buah-buahan.




Menurut syarikat, penapis udara ini boleh memerangkap sehingga 90 peratus virus dan memberhentikan 100 peratus daripadanya, termasuklah Covid-19.  

"Memandangkan masyarakat sekarang lebih sedar tentang kesan bakteria dan virus seperti Covid-19, kami menjangkakan peningkatan yang tinggi terhadap permintaan untuk penyelesaian kepada isu perlindungan ini. Penapis udara kabin premium ini adalah contoh penting bahawa Honda bekerjasama dengan pembekal dengan segera untuk membawakan produk dengan manfaat sebenar yang dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan pemandu serta penumpang," kata Presiden Honda Access Europe, Eiichi Hino.  

Penapis udara kabin premium Honda kini tersedia dalam pasaran Eropah. Pelanggan yang berminat juga boleh mendapatkan pemasangan penapis ini daripada pengedar tempatan.  Untuk pengetahuan anda, penapis ini sesuai untuk dipasangkan pada pelbagai jenis Honda model baharu yang termasuklah Civic, Accord dan CR-V. 




Namun begitu, syarikat masih lagi tidak mengumumkan tentang ketersediaan penapis udara premium ini di negara lain. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG1916

SELANGOR

BSR6002

JOHOR

JA2967J

PULAU PINANG

PSD7806

PERAK

APJ8415

PAHANG

CFH1623

KEDAH

KGH1045

NEGERI SEMBILAN

NEK9213

KOTA KINABALU

SJT965

KUCHING

QAB2015P

Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!

Sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di parkir Kondominium Tunas Residensi di Bayan Lepas, awal pagi semalam.

28-01-2026
Global

Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan

Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan.

09-06-2025
Kereta Baru
Kereta Baru

Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian

Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.

12-12-2024
Berita Auto

Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini

Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.

01-10-2024
Berita Auto

Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Ini spesifikasinya...

02-08-2024
Berita Auto

Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan

Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.

26-07-2024
Berita Auto

Tragis! Kemalangan Maut Di JB

Tiga terbunuh termasuk seorang wanita warga emas dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor, malam tadi.

06-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.