Kia Dedahkan Imej Pertama EV6 & Falsafah Di Sebalik Rekaannya
Kia Corporation baru-baru ini telah mendedahkan imej pertama reka bentuk luaran dan dalaman EV6, kereta elektrik bateri (BEV) pertama Kia.

Model baharu ini telah direka berdasarkan falsafah reka bentuk baharu Kia iaitu 'Opposites United' yang diinspirasikan daripada perbandingan antara alam semula jadi dan juga manusia. Identiti visual baharu ini merupakan paksi kepada falsafah reka bentuk ini, membangkitkan aura positif dan natural melalui kombinasi elemen dan bentuk yang kontra.
BEV pertama Kia ini menampilkan reka bentuk yang diinspirasikan daripada rekaan kereta crossover yang tersendiri yang juga berdasarkan Electric-Global Modular Platform (E-GMP) baharu Kia.
"EV6, sebagai EV khusus yang pertama Kia, merupakan wadah untuk sebuah reka bentuk yang berpusatkan manusia dan reka bentuk yang progresif serta kuasa yang dielektrikkan. Kami benar-benar percaya bahawa EV6 adalah sebuah model yang menarik dan relevan untuk pasaran EV," ujar Karim Habib, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pusat Reka Bentuk Global.
"Dengan EV6, kami menyasarkan untuk menghasilkan sesuatu yang unik, reka bentuk yang mendatangkan impak dengan menggunakan kombinasi ciri sofistikated, teknologi tinggi yang tulen pada kadar yang tinggi, dalam masa yang sama, menawarkan ruang yang unik sebagai EV yang futuristik," sambungnya lagi.
Falsafah reka bentuk Opposites United adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama rekaan: 'Bold for Nature,' 'Joy for Reason,' 'Power to Progress,' ‘Technology for Life’, dan ‘Tension for Serenity’.

Bahagian luar badan EV6 adalah gambaran yang jelas kepada prinsip 'Power to Progress' atau kuasa untuk maju. Model ini adalah kombinasi kemahiran dan kepakaran yang terkumpul saban tahun, dengan penumpuan kepada penampilan yang anggun dan moden. EV6 mengutamakan kedinamikan dengan menampilkan ciri-ciri yang dapat membangkitkan semangat Kia.

Mengenai ruang dalaman kereta, rekaannya adalah berdasarkan platform khas Kia iaitu E-GMP yang menawarkan ruang yang lebih, berbeza daripada model EV Kia sebelum ini yang berlandaskan seni binaan model sedia ada.
EV6 adalah hasil usahasama antara tiga studio di bawah rangkaian Kia yang terletak di Namyang (Korea), Frankfurt (Germany), dan Irvine (California, United States).
Model akan datang bakal ditampilkan dalam acara dalam talian bulan ini. Nantikan info terbaharu tentang EV6 di CariCarz!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pameran Interaktif Teknologi Inovatif EV, Kia360 Kini Dibuka Di Korea
Kia Corporation baru-baru ini telah mengumumkan pembukaan semula pameran awam pertama, Kia360 di selatan Seoul, Korea.
07-09-2021
Kia Corporation Jadikan Burj Khalifa Sebagai Iklan Digital Gergasi
Kia Corporation nampaknya mengikut jejak Porsche apabila membuat keputusan untuk menjadikan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa bagi mengiklankan jenama baharu syarikat itu.
14-06-2021
KIA EV5 Dah Masuk Thai, Malaysia Bila Lagi?
Kia EV5 akhirnya secara rasminya di tayangkan sempena 2024 Bangkok International Motor Show (BIMS) di Thailand.
27-03-2024
Review Kia EV6 GT-Line | EV yang Bergaya & High Tech!
Mencari EV selain Tesla? Memperkenalkan KIA EV6 di Malaysia! Dikatakan EV6 ialah BEV khusus pertama Kia yang dipengaruhi oleh falsafah reka bentuk baharu, yang merangkumi tumpuan beralih Kia ke arah elektrifikasi.
06-09-2022
[FOTO] SUV Elektrik Kia EV9 Kini Sedang Diuji, Bakal Dilancarkan 2023
Kia kini sedang menjalankan ujian ke atas Kia EV9, ini perincian yang sudah kita ketahui...
26-08-2022
EV6 Selamat Mendarat, Harga RM300,668
Kia EV6 2022 akhirnya telah tiba di pasaran Malaysia.
24-06-2022
Harga Kia EV6 Sudah Didedahkan di AS!
Syarikat Kia di Amerika Syarikat akhirnya mengumumkan harga kenderaan elektrik sepenuhnya, EV6.
26-04-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat