Madoka Chujo, Wanita Pertama Terajui Honda Malaysia!
Honda Malaysia Sdn.Bhd meraikan kedatangan Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) dan Pengarah Urusan wanita pertama Honda Malaysia, Madoka Chujo, baru-baru ini.
Pengambilalihan itu berkuat kuasa pada 1 April lalu. Beliau mengambil alih tempat Toichi Ishiyama. Sebelum dilantik ke jawatan tersebut, beliau merupakan Naib Presiden Honda Kanada Bhd. sejak 2019.
![]()
Karrier Chujo bermula di Honda pada tahun 1997 apabila menyertai Honda kira-kira 23 lalu. Beliau memiliki kepakaran dan kemahiran dalam Strategi Pemasaran
“Malaysia merupakan pasaran penting di rantau Asia dan Oceania, dengan Honda Malaysia turut melakukan penjualan signifikan dan menjadi salah satu peneraju jenama automotif di negara ini.
‘”Saya tidak sabar dan teruja dengan tugas pertama sebagai CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, dan pada masa sama saya mahu meneroka budaya unik di sini,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi pendahulunya, Ishiyama memulakan kariernya di Honda pada November 2017. Ketika itu, beliau buat julung kalinya merasmikan pelancaran Kereta Pengeluaran Terpantas Di Dunia (FWD), Civic Type R.
Bukan sekadar itu sahaja, Ishiyama juga pernah merasmikan beberapa pelancaran model kereta baharu seperti All-New City, Generasi Kelima, pengenalan global RS e:HEV pada Oktober tahun lalu.
Ishiyama juga turut terlibat dalam pelancaran inisiatif Honda e:TECHNOLOGY yang buat pertama kalinya diperkenalkan di rantau Asia dan Oceania.
Sepanjang karriernya di Honda Malaysia, Ishiyama bukan sahaja mencatatkan 900,000 unit jualan pada tahun 2019 tetapi berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Jenama Kereta Bukan-Nasional Nombor Satu buat enam tahun berturut-turut pada 2020.
Susulan itu, Honda Malaysia mengecapi pencapaian luar biasa apabila berjaya mencapai satu juta unit jualan pada Mac lalu ketika Honda berada di bawah pimpinan Ishiyama.
Tidak lupa juga, kepimpinan beliau berjaya melonjakkan nama Honda walaupun terpaksa berhadapan dengan masa yang getir di sebalik pandemik Covid-10 sejak Mac tahun lalu.
Ishiyama dilaporkan telah kembali ke Jepun untuk menggalas tugas baharu dalam Perniagaan Automobil, Bahagian Strategi Perniagaan, Honda Motor Co., Ltd., Jepun.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900
Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.
13-11-2025
Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45
Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.
09-09-2025
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat