Lebih RM200 Juta Dilabur, Besarkan Kilang Proton di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (PROTON) telah memulakan kerja-kerja proses pembesaran kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak semalam.
Satu majlis pecah tanah diadakan di kilang penghentakan baharu yang dikatakan akan bersama dengan barisan pengeluaran yang sedia ada.

Tidak sekadar itu sahaja, projek ini akan menjadi sebahagian daripada rancangan PROTON untuk meningkatkan tahap penggunaan komponen tempatan bagi model sedia ada dan akan datang.
Kemudahan baharu ini juga merupakan sebahagian rancangan syarikat itu untuk menjadikan Tanjung Malim sebagai kilang pembuatan yang bertaraf dunia.
Ia juga sebahagian stratgei pertumbuhan pengeluaran kereta selain merupakan rancangan masa depan memandangkan ia dibina bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Oleh itu, sebanyak RM1.2 bilion telah dibelanjakan sebelum ini dan syarikat juga telah melaburkan sebanyak RM200 juta lagi bagi membolehkan pengeluaran panel badan yang lebih besar. Termasuk beberapa komponen yang lain.
"Walaupun kami berpuas hati dengan kemajuan kami setakat ini, PROTON perlu sentiasa bergerak ke depan.
Penambahan kemudahan baharu ini adalah sebahagian daripada strategi kami bagi memastikan kami terus berkembang dan pada masa yang sama, menambah jumlah model bila ia diperlukan.
"Ini bermakna, dengan memiliki kebolehan ini kami mampu mengeluarkan lebih banyak model tetapi apa yang lebih penting lagi, kami akan mengeluarkan produk yang mempunyai standard bertaraf tinggi bersama teknologi baharu," kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Sejak tiga tahun lalu, PROTON telah mengalami perubahan yang ketara apabila mampu melancarkan model baharu, menambah penguasaan pasaran, meningkatkan tahap kualiti selain merombak keseluruhan rangkaian pengedar.
Hasil daripada perubahan itu, PROTON merupakan satu-satunya pengeluar terbesar di Malaysia yang mampu menambah jualan pada tahun lalu.
“Kami amat jelas dengan haluan dan perkembangan masa depan PROTON. Namun, Malaysia akan sentiasa menjadi pasaran utama kami, tetapi kami mempunyai kebolehan untuk bersaing di luar negara.
“Kemudahan baharu itu adalah sebahagian kecil dalam perjalanan berkenaan tetapi amat penting bagi kami kerana kami boleh menambahkan penggunaan komponen tempatan pada masa hadapan.
“Ini juga akan membolehkan PROTON melibatkan lebih ramai vendor tempatan dalam proses pengeluarannya sekali gus mampu mengembangkan lagi ekosistem automotif tempatan,” ujarnya lagi.
Kemudahan penghentakan baharu itu dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga pada tahun hadapan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat