ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Membuktikan ia bernilai, Hyundai Kona telah dinaik taraf

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan SUV Kona dimana ia memaparkan penampilan baharu dengan menaik taraf reka bentuknya termasuk menampilkan  ciri-ciri terkini.

Ia hadir dengan dua varian iaitu Kona Standard dan Kona Active. Varian Standard ditawarkan pada harga RM119,888 manakala varian Active pula, berharga RM136,888.

Kedua-dua harga ini ditawarkan di Semenanjung Malaysia termasuk cukai jalan tetapi tidak termasuk insurans.

Kenderaan ini  cuma ditawarkan dalam satu pilihan enjin sahaja iaitu unit empat silinder 2.0 liter Nu MPI Atkinson-cycle.

Penggunaan enjin itu menyebabkan ia mampu menghamburkan  kuasa 149 PS pada 6,200 rpm dan tork maksimum 180 Nm  pada 4,500 rpm.

Malah, semua kuasa juga dihantar melalui sistem pacuan dua roda.

Enjin Smartstream yang dipadankan dengan kotak gear Smartstream IVT  juga dikatakan menawarkan prestasi yang dinamik dimana pergerakannya lebih lancar.

Ia juga membuatkan pemanduan yang lebih selesa selain mengurangkan pelepasan karbon  dan menjimatkan bahan api.

Pengarah Urusan Hyndai Sime Darby Motors, Low Yuan Lung berkata, ia yang tampil dengan reka bentuk agresif selain memiliki keperibadian yang berani menyebabkan Kona menjadi ikon dalam segmennya.

“Kami yakin kejayaan Kona di Malaysia walaupun terdapat persaingan sengit dalam segmennya,” katanya.


Secara luarannya, pandangan hadapannya dilihat lebih menonjol dengan kehadiran panel pelapis pelindung yang dipadankan dengan lampu nyalaan siang DRL yang lebih nipis atau kecil.

Bukan itu sahaja, ia juga menerima gril baharu yang sangat memukau selain bahagian bonetnya juga dikatakan agak melengkung.

Jika dibandingkan sebelum ini, kemasan plastik hitam di tepi cuma berada pada sekeliling lengkuk roda, tetapi kini ia bersambung di depan dan belakang sehingga ke bampar

Bahagian bawah bampar mempunyai skid plate untuk pengambilan udara yang lebih rendah selain terdapat visual yang melengkapkan gril utama.

Tidak terkecuali, saluran masuk aerodinamik yang menegak ditempatkan di tepi bumper untuk meningkatkan aliran udara.

Beralih kepada bahagian belakang, Kona ini didatangkan dengan lampu belakang yang baharu dimana ia menampilkan cahaya grafik. Sama seperti bahagian hadapan, lampu belakang juga memakai pelindung warna kontra yang membabitkan bahagian sisi.

Furthermore, both new models now come with a set of new 17-inch or 18-inch wheel designs. Overall, the KONA is now 40 mm longer than the previous model, giving it a sleeker and more dynamic look that complements its wide and strong visual stance.

Kedua-dua model ini hadir dengan rekaan rim 17- dan 18-inci baru (unit 16 inci masih lagi sama), dan panjang keseluruhan kenderaan bertambah 40 mm (disebabkan perubahan bahagian depan).

Bagi menggulungkan bahagian luarannya, varian Standard didatangkan dengan empat warna iaitu Chalk White, Galactic Grey, Surfy Blue dan Pulse Red manakala, varian Active pula hadir dengan lima warna termasuk Surfy Blue, Dive di Jeju, Ignite Flame, Dark Knight dan Misty Jungle.

“Penampilannya menjadikan ia menjadikannya ia lebih menonjol berbanding model lain di dalam kelasnya.

“Kona menyasarkan untuk mereka yang mahu kelihatan berbeza ketika berada di khalayak ramai.

“Ia sebuah kereta yang bergaya yang mampu membawa anda ke mana-mana sahaja, ia boleh menjadi kereta lasak atau anda boleh memandunya seperti biasa,” ujarnya.

Menyelam ke bahagian dalamannya, ia bercirinya kemewahan selain kelihatan canggih berbanding keluaran sebelum ini.

Ia hadir dengan konsol baharu dimana ia dipisahkan dari panel instrumen bagi menekankan hasil kemasan susun atur yang mendatar.

Susun aturnya direka dengan lebih besar papan pemuka yang lebih lebar bagi mewujudkan persekitaran yang lebih luas.

Menyentuh mengenai balutan kerusi, ia hadir dengan material baharu dengan pilihan reka bentuk houndstooth hitam, material kain yang berwarna kelabu dan hitam selain material kulit berwarna hitam atau beige (warna kekuningan).

On the convenience aspect, the new upgraded Kona features an electric parking brake with auto hold function and also a remote engine start function that can be activated by using the smart key.

 Dari sudut keselesaan, Kona baharu ini tampil dengan parkir brek elektrik dengan fungsi penahan automatik dan enjinnya juga boleh dihidupkan pada  jarak jauh yang boleh diaktifkan dengan menggunakan kunci pintar. 

Selain itu, hanya varian Active didatangkan dengan kluster instrumen digital bersaiz 10.25 inci dan skrin AVN, lapan inci dengan sambungan Bluetooth.

Sementara itu, kedua-dua varian hadir dengan sistem tanpa wayar Android Auto dan Apple CarPlay yang mampu menyokong Waze dan Peta Google.

Dari sudut keselamatannya, Kona Active merangkumi Bantuan Elak-Perlanggaran Titik Buta, Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Lintas Belakang dan Amaran Keluar dengan Selamat (SEW).

Dalam pada itu, kedua-dua varian juga hadir dengan aspek keselamatan seperti Bantuan Kekal Laluan (LKA), Bantuan Ikut Laluan (LFA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAW) dengan amaran pergerakan kenderaan hadapan, Amaran Penumpang Belakang, Bantuan Suluh Tinggi dan Bantuan Elak Perlanggaran Hadapan.

Setiap pembelian Hyundai Kona baharu hadir dengan jaminan selama lima tahun atau perjalanan sejauh 300,000 kilometer (yang mana terdahulu) selain turut diberikan servis penyelenggaran secara percuma.

Bagi yang berminat, anda boleh melihat Kona di semua bilik pameran Hyundai di seluruh negara.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.