Sekian Lama Dinantikan, Akhirnya Nissan Navara Dilancarkan!
Dalam artikel terakhir kami mengenai Nissan Navara, kami ada menyentuh spesifikasi yang mungkin ada pada Navara yang telah dinanti-nantikan selama ini!
Bagaimanapun, kesemua spekulasi akhirnya terjawab selepas Edaran Tan Chong Motor Sdn.Bhd (ETCM) mendedahkan satu senarai model Nissan Navara facelift secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada Jumaat lalu.
Ia hadir dengan enam varian iaitu, Single Cab Manual, SE Manual, SE Auto, V Auto, VL Auto dan varian paling tinggi ialah PRO-4X.
ETCM juga telah mendedahkan harga keenam-enam varian itu seperti di bawah:
| Varian | Semenanjung Malaysia (RM) | Sabah & Sarawak (RM) |
| PRO-4X | 142,200 | 144,200 |
| VL Auto | 137,900 | 139,900 |
| V Auto | 125,500 | 127,500 |
| SE Auto | 116,900 | 118,900 |
| SE Manual | 110,900 | 112,900 |
| Single Cab Manual | 91,900 | 93,900 |
Hakikatnya, harga kenderaan ini berdasarkan harga di atas jalan dengan cukai jalan, tidak termasuk insurans dan Cukai Jualan Tayar di Sarawak.
Malah, jaminan lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000 kilometer turut diberikan kepada semua varian.
Secara amnya, bahagian luarannya telah dipertingkatkan dan hasil rekaannya kelihatan seolah-olah seperti Titan terutamanya gril hadapan ‘interlock’ selain bonetnya juga kelihatan agak tinggi berbanding dengan keluaran sebelum ini.
Begitu juga dengan bahagian belakangya, bahagian berkenaan kelihatan agak tinggi dan pemijak kaki bahagian belakang juga tertera dengan perkataan Navara.
Menjengah bahagian dalamannya, antara salah satu ciri utama yang terdapat pada jentera ini, ia hadir dengan rekaan tiga jejari iaitu seiras dengan Serena.
![]()


Ia menggunakan dua jenis enjin berbeza iaitu High Output dan Medium Output dimana High Output dipasang pada PRO-4X Auto, VL Auto, V Auto, dan SE Auto manakala, SE Manual dan Single Cab Manual menggunakan enjin Medium Output.
Menyentuh mengenai perbezaaan utama transmisi, High Output menerima tujuh kelajuan Auto Transmision dengan Mod Manual manakala, Medium Output pula didatangkan kotak gear transmisi manual 6-kelajuan.
Ia yang menggunakan enjin empat silinder sebaris intercooler turbo-diesel mampu menghamburkan kuasa pada 187 kuasa kuda pada takat 3,600 rpm dan tork maksimum 450 Nm pada 2,000 rpm.
Kesemua varian ( kecuali varian Single Cab) dilengkapi sistem suspensi belakang baharu jenis multilink dengan Dual-Rate Coil Springs untuk mengurangkan kesan pergerakan badan.
Ia juga hadir Sistem Kunci Elektronik, Bantuan Tailgate, Pemijak Kaki Belakang, Perbezaan Terbabas Terhad (penebat bunyi bersama kaca akustik, Kawalan Dinamik Kenderaan, Sistem Kawalan Daya Tarik, Perbezaan Terbabas Terhad, Bantuan Mula -Daki, Kawalan Turun Bukit, Sistem Brek Anti- Kunci, Agihan Brek Elektronik dan Bantuan Brek.
Selain itu terdapat ciri sistem bantuan pemandu termaju, Nissan Intelligent Mobility hanya pada varian PRO-4X Auto, VL Auto dan V.


Berbanding dengan varian, Single Cab Manual atau Varian Workforce dilengkapi dengan gril yang tidak dicat, lampu hadapan halogen, rim aloi bersaiz 16 inci, kluster instrumen monokrom, kawalan roda stereng, head unit -DIN dengan Bluetooth, satu slot port pengecas USB, pendingin hawa manual, dua beg udara dan dua kamera undur.
Beralih kepada varian SE Auto dan Manual, kebanyakan cirinya telah dipertingkatkan termasuk gril krom yang tertera perkataan “NAVARA”, cermin sisi lipatan elektrik, pemegang pintu krom, rim aloi 17-inci, pemijak sisi hitam, tiga lagi slot USB pada head unit, kerusi depan ilham dari Zero Gravity Nissan, corong pendingin belakang dan Isofix di kerusi belakang.



Sementara itu, varian 2.5L V AT, pula dilengkapi dengan lampu hadapan LED, lampu kabus dan lampu belakang LED, sistem tanpa kunci, kawalan pelayaran, paparan multi-info tujuh-inci antara dail analog; skrin sentuh lapan-inci untuk infotainmen dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay; enam speaker, pendingin dua zon dengan corong belakang.
Ia juga dilengkapi dengan enam beg udara, AEB, sistem amaran pemandu dan amaran perlanggaran hadapan.
Bagi 2.5L VL AT pula, ia hadir dengan landasan bumbung warna perak, rim aloi dua-tona 18-inci, kemasan kerusi balutan kulit dengan corak hexagonal dan benang perak, pengilap cermin automatik, peninjau sekeliling kenderaan dengan pengesanan objek bergerak dan mod off-road, amaran penukaran lorong, peninjau titik buta, amaran trafik di belakang, bantuan lampu tinggi, peninjau tekanan tayar dan empat sensor undur.



Akhir sekali, bagi varian flagship Pro-4X dibezakan dengan penyudah hitam pada gril selain terdapat lencana, landasan bumbung, cermin sisi, pemegang pintu dan pemijak sisi, begitu juga dengan bahagian fender dan bampar iaitu terdapat sedikit perincian oren.
Varian tertinggi juga didatangkan dengan sistem Sistem Saluran Utili-track yang terdiri daripada empat cangkuk aluminium bersama dua saluran utiliti.
Bagi bahagian dalaman, tempat duduk hadapan PRO-4X hadir dengan Graviti Sifar Nissan yang dipadankan dengan logo PRO-4X dan sulaman benang berwarna oren manakala, tempat duduknya boleh dilaraskan enam arah.






Di samping itu, senarai aksesori pemasangan dari kilang itu juga disediakan untuk setiap varian, termasuk jaminan tiga-tahun atau perjalanan sejauh 100,000 km.
Bagi Single Cab, terdapat pakej Under Protector yang bernilai RM3,200 dimana ia merangkumi pelindung tadahan minyak, pelindung tangki minyak dan pemijak sisi.
Pakej Premium itu ditawarkan kepada Varian SE dan V Auto, ia juga hadir dengan tambahan sport bar krom dan filem penapis haba keselamatan V-Kool, manakala varian SE juga menerima paparan sistem audio sembilan-inci, dan varian V dengan kerusi balutan kombinasi kulit.
Dari sudut warnanya, Single Cab Manual hanya terdiri daripada Solid White, manakala kedua-dua varian SE pula didapati dalam warna Brilliant Silver dan Black Star. Sementara itu, varian V dan VL menerima tiga warna pilihan ini dengan tambahan warna Burning Red.
Bagi Pro-4X, ia datang dalam warna Black Star dan Burning Red, dengan dua lagi warna eksklusif, Stealth Grey dan Pearl White (dengan caj tambahan RM1,300).
Ciri yang begitu panjang lebar dan ciri yang telah ditingkatkan, apakah pendapat anda mengenai Ibu Segala Trak ini?
Adakah ia akan membuktikan, ia merupakan Navara paling termaju? Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat