Kompleks Automotif Terbesar di Asia Tenggara – Sime Darby Motors City
Sime Darby Motors Malaysia mencapai pertumbuhan prestasi jualan lebih baik sejak setahun lalu dan sasarannya juga dilihat sejajar dengan unjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
“MAA telah mencapai pertumbuhan sebanyak lapan peratus secara keseluruhan dalam industri pada tahun ini,” kata Pengarah Urusan Pengedaran dan Runcit Sime Darby Motors, Jeffrey Gan.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pusat automotif, Sime Darby Motors City (SDMC) bernilai RM570 juta di Ara Damansara, Petaling Jaya semalam.
Pusat Automotif Sime Darby ditempatkan di bangunan lapan tingkat dengan luas keseluruhan 1.3 juta kaki persegi. Ia dibangunkan di atas tapak seluas 3.5 hektar. Ia di bina di atas keluasan keseluruhan 1.3 juta kaki persegi.

Malah, ia juga bakal menjadi sebuah kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara selain turut menempatkan sejumlah bilik pameran jenama utama di Malaysia dan Asia Tenggara.
Antara jenama-jenama itu ialah BMW, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, MINI, Motorrad, Porsche dan Volvo.
“Sebagai antara peserta utama dalam industri automotif, Sime Darby Motors sentiasa komited untuk mengejar kecemerlangan bagi memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan kami.
“Pelancaran SDMC adalah bukti komitmen kami secara berterusan,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham.
Ia juga mempunyai fasiliti di dalam bangunan yang mampu menyimpan hampir 100 unit kenderaan terpakai, khusus untuk Sime Darby Auto Selection.

Fasiliti itu dilengkapi dengan 200 petak servis, kira-kira 700 petak parkir untuk pelanggan dan petak mengecas kenderaan elektrik (EV) dan mampu mempamerkan lebih 180 unit kenderaan.


Pusat Automotif Sime Darby Malaysia adalah fasiliti automotif pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Internet Kebendaan (IoT) yang mampu meningkatkan keupayaan servis dan kecekapan dalam memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan.
Tumpuan infrastruktur digital di fasiliti ini ialah sistem Pengurusan Pengesanan Kenderaan yang menggunakan kamera untuk panduan parkir dan penunjuk suai bagi memastikan panduan, keselamatan dan keselesaan yang terbaik untuk pelanggan.
Sistem ini membantu untuk membolehkan akses dengan lebih cepat terhadap pangkalan data pelanggan, meminimumkan kerja-kerja pentadbiran dan mengurangkan masa menunggu pelanggan.
“Kami tidak mempunyai angka sebenar namun ia merupakan satu pelaburan yang besar,” ujar Gan.










Pusat Automotif Sime Darby juga bekerjasama dengan rakan perniagaan mobiliti; SOCAR, iaitu rangkaian perkongsian kereta utama Malaysia, dan myTukar, platform perniagaan kenderaan terpakai secara dalam talian.
Fasiliti ini jiga dilengkapi dengan pengecas Arus Terus (DC) yang berprestasi tinggi yang pertama di Malaysia dan Indeks Bangunan Hijau yang diperakui.
Sime Sime Darby Motors City terletak di No.6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Bersempena sambutan pelancaran, Pusat Automotif Sime Darby menganjurkan Pelancaran Hujung Minggu Mega yang akan berlangsung bermula 16 April hingga 18 April 2021 di enam ruang pameran utama.
Para pelanggan yang berminat dinasihatkan untuk membuat temu janji bagi mematuhi prosedur operasi standard Covid-19.
Untuk keterangan lanjut, layari www.simedarbymotors.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

