ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kompleks Automotif Terbesar di Asia Tenggara – Sime Darby Motors City

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sime Darby Motors Malaysia mencapai pertumbuhan prestasi jualan lebih baik sejak setahun lalu dan sasarannya juga dilihat sejajar dengan unjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

“MAA telah mencapai pertumbuhan sebanyak lapan peratus secara keseluruhan dalam industri pada tahun ini,” kata Pengarah Urusan Pengedaran dan Runcit Sime Darby Motors, Jeffrey Gan.



Beliau berkata demikian selepas melancarkan pusat automotif, Sime Darby Motors City (SDMC)  bernilai RM570 juta di Ara Damansara, Petaling Jaya semalam.

Pusat Automotif Sime Darby ditempatkan di bangunan lapan tingkat dengan luas keseluruhan 1.3 juta kaki persegi. Ia dibangunkan di atas tapak seluas 3.5 hektar. Ia di bina di atas keluasan keseluruhan 1.3 juta kaki persegi.




Malah, ia juga bakal menjadi sebuah kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara selain turut menempatkan sejumlah bilik pameran jenama utama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Antara jenama-jenama itu ialah BMW, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, MINI, Motorrad, Porsche dan Volvo.

“Sebagai antara peserta utama dalam industri automotif, Sime Darby Motors sentiasa komited untuk mengejar kecemerlangan bagi memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan kami.

“Pelancaran SDMC adalah bukti komitmen kami secara berterusan,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham.

Ia juga mempunyai fasiliti di dalam bangunan yang mampu menyimpan hampir 100 unit kenderaan terpakai, khusus untuk Sime Darby Auto Selection. 


Fasiliti itu dilengkapi dengan  200 petak servis, kira-kira 700 petak parkir untuk pelanggan dan petak mengecas kenderaan elektrik (EV) dan mampu mempamerkan lebih 180 unit kenderaan.


Pusat Automotif Sime Darby Malaysia adalah fasiliti automotif pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Internet Kebendaan (IoT) yang mampu meningkatkan keupayaan servis dan kecekapan dalam memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan.

Tumpuan infrastruktur digital di fasiliti ini ialah sistem Pengurusan Pengesanan Kenderaan yang menggunakan kamera untuk panduan parkir dan penunjuk suai bagi memastikan panduan, keselamatan dan keselesaan yang terbaik untuk pelanggan. 

Sistem ini membantu untuk membolehkan akses dengan lebih cepat terhadap pangkalan data pelanggan, meminimumkan kerja-kerja pentadbiran dan mengurangkan masa menunggu pelanggan.

“Kami tidak mempunyai angka sebenar namun ia merupakan satu pelaburan yang besar,” ujar Gan.



Pusat Automotif Sime Darby juga bekerjasama dengan rakan perniagaan mobiliti; SOCAR, iaitu rangkaian perkongsian kereta utama Malaysia, dan myTukar, platform perniagaan kenderaan terpakai secara dalam talian. 

Fasiliti ini jiga dilengkapi dengan pengecas Arus Terus (DC) yang berprestasi tinggi yang pertama di Malaysia  dan Indeks Bangunan Hijau yang diperakui.

Sime Sime Darby Motors City terletak di No.6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Bersempena sambutan pelancaran, Pusat Automotif Sime Darby menganjurkan Pelancaran Hujung Minggu Mega yang akan berlangsung bermula 16 April hingga 18 April 2021 di enam ruang pameran utama.

Para pelanggan yang berminat dinasihatkan untuk membuat temu janji bagi mematuhi prosedur operasi standard Covid-19.

Untuk keterangan lanjut, layari  www.simedarbymotors.com.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2481

SELANGOR

BSP195

JOHOR

JYU4360

PULAU PINANG

PSB2741

PERAK

APG4968

PAHANG

CFG1528

KEDAH

KGF2077

NEGERI SEMBILAN

NEJ9820

KOTA KINABALU

SJR2831

KUCHING

QAB5253N

Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto

Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

MOF tampil memberi penjelasan.

09-04-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.