Santa Cruz Sport Adventure Memasuki Pasaran Amerika Syarikat Tak Lama Lagi!
Hyundai Motor Company baru-baru ini telah mendedahkan Santa Cruz Sport Adventure Vehicle.

Proses pembuatan kereta ini bakal dimulakan pada bulan Jun ini di Montgomery, Alabama, Amerika Syarikat (AS) dan akan mula dijual kepada orang ramai pada musim panas. Penambahan model Santa Cruz dalam pengeluaran Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA) bakal meningkatkan kira-kira 1,200 pekerjaan yang dapat membantu mengangkat ekonomi AS.

"Santa Cruz, dengan gaya yang berani, memecahkan kesemua wilayah segmen baharu bagi kedua-dua Hyundai dan juga keseluruhan industri. Fleksibiliti bed terbuka bersama-sama dengan kabin tertutup yang lebih selamat dapat memenuhi pelbagai keperluan harian pembeli yang sukakan pengembaraan. Sementara itu, enjin yang berkuasa dan efisien serta tahap kemudahan pengendaliannya yang superb dapat memberikan nikmat kepada pemandu yang menggunakan kenderaan ini sama ada di kawasan bandar ataupun off-road. Pelanggan kami akan tertanya-tanya bagaimana mereka boleh (melakukan sesuatu) tanpa kereta ini sebelum ini," kata Jose Munoz, presiden dan CEO Hyundai Motor North America.

Santa Cruz dihasilkan untuk menjadi sebuah Sport Adventure yang terbaik, menampilkan bed tertutup yang selamat, atau terbuka dengan penutup tonneau yang boleh dikunci. Ciri menarik lain adalah ruang simpanan tersembunyi serta aksesori sambungan bagi bed yang fleksibel.


Sudut hadapan kenderaan dilengkapkan dengan pencahayaan eksklusif tersembunyi yang hanya boleh dilihat melalui gril apabila diterangi. Bersebelahan dengannya adalah lampu DRL berbentuk seperti permata, cangkuk gril yang digabungkan dengan elemen plat kelincir pada bahagian bawah sudut depan fascia.


Ini diikuti dengan rim aloi bersaiz 20 inci dengan reka bentuk menawan yang kelihatan sempurna digabungkan dengan sisi tepi kereta yang kelihatan gagah. Pembeli juga boleh memilih rim 18 inci dengan sidewall tayar yang lebih besar untuk penggunaan off-road.

Model baharu ini turut dilengkapi pencahayaan berbentuk "T" dan juga lampu belakang yang dituliskan dengan "Designed in California" sebagai penghormatan kepada pasukan reka bentuk Hyundai dari California.
Bahagian kabin dalamannya pula adalah merangkumi reka bentuk dwi-kokpit dengan skrin paparan tengah premium berskrin sentuh 8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple Carplay dan Android Auto.

Selain itu, kenderaan ini turut dimuatkan dengan ruang simpanan dalam kabin yang terletak pada bahagian bawah tempat duduk belakang. Berkenaan sistem audionya pula, kereta ini dilengkapi sistem Bose® Premium. Di samping itu, ciri lain yang terdapat pada kereta ini adalah kemudahan pengecasan tanpa wayar Qi dan Digital Key yang disokong oleh aplikasi telefon pintar. Aplikasi Digital Key Hyundai dapat memudahkan pengguna mengawal sistem kenderaan yang tertentu dari jarak jauh melalui telefon pintar.
Dengan aplikasi ini, pengguna boleh mengunci atau membuka kunci kereta, mengaktifkan amaran panik dan juga menghidupkan enjin. Dengan cara ini, pengguna boleh meninggalkan kunci biasa di rumah. Menggunakan sistem ini, kunci juga boleh dikongsi dengan orang lain dengan cara yang lebih selamat. Walau bagaimanapun, buat masa ini Digital Key hanyalah sesuai digunakan dengan sistem operasi Android.
Mengenai enjinnya, Santa Cruz Sport Adventure menggunakan enjin 4 silinder sebaris 2.5 liter dengan suntikan terus yang dapat menjana 190 hp kuasa kuda dan 180 Nm daya kilas/tork, digabungkan dengan transmisi 8 kelajuan. Santa Cruz juga boleh digabungkan dengan enjin 2.5 liter dengan pengecas turbo suntikan terus yang boleh memberikan kuasa sehingga 275 hp kuasa kuda dan 310 Nm daya kilas yang digabungkan dengan transmisi automatik dwi-cekam 8 kelajuan. Sistem ini disesuaikan dengan penganjak pedal pada stereng untuk kawalan anjakan secara manual oleh pemandu.

Kedua-dua pilihan enjin didatangkan bersama-sama dengan kebolehan pemanduan pacuan semua roda HTRAC® dengan tetapan Sport yang boleh menjadikan kereta lebih tangkas. Keupayaan menunda untuk enjin 2.5L 4 silinder adalah pada kiraan 1,588 kg, manakala untuk model 2.5L Turbo AWD pula 2,268 kg.

Dimensi untuk Kepanjangan, Kelebaran, Ketinggian dalam mm adalah 4,971 mm x 1,905 mm x 1,694 mm. Jarak antara roda adalah 3,004 mm. Panjang pada bahagian atas bed adalah 1,229 mm dan bahagian bawah bed pula 1,323 mm.
Model gagah ini juga dilengkapi ciri keselamatan dan kemudahan yang padu sebagai sebahagian daripada Hyundai SmartSense. Antara ciri yang terdapat pada kereta ini adalah Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), Bantuan Elak Pra-Pelanggaran (dengan pengesan pejalan kaki, pembonceng dan pusingan simpang), Bantuan Elak Pelanggaran Titik Buta (BCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA), Pemantauan Titik Buta (BVM), Pemantauan Keliling (SVM), Bantuan Keluar Selamat (SEA), Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dan Amaran Perhatian Pemandu (DAW).
Selain itu, kenderaan ini turut memiliki kemudahan Blue Link® Connected Car yang disediakan secara percuma selama tiga tahun. Sistem ini dilengkapi dengan ciri seperti Penghidup Jarak Jauh dengan Kawalan Iklim, Pengunci/Pembuka Pintu Kereta Jarak Jauh, Penemuan Semula Kenderaan Curi dan Pencarian Destinasi menggunakan Suara dan banyak lagi. Ciri ini boleh diakses melalui kawalan yang terdapat pada bahagian dalam kereta atau melalui portal MyHyundai.com, aplikasi MyHyundai dengan Blue Link, Amazon® Alexa Blue Link dan Blue Link Google Assistant. Selain itu, sesetengah ciri boleh dikawal dengan aplikasi jam tangan pintar Android Wear™ dan Apple Watch™.

Antara ciri utama Santa Cruz seperti Penghidup Enjin Jarak Jauh, pengurusan profil jarak jauh, pemanas dan pengudaraan kerusi jarak jauh, Notifikasi Status Kenderaan, POI Send to Car dengan Waypoints (Kebolehan untuk memasukkan sehingga tiga poin, untuk dihantar kepada kereta dan menyusun destinasi secara automatik) dan Amaran Penyelenggaraan.

Untuk lebih informasi tentang kenderaan yang dilengkapi Blue Link, layari hyundaibluelink.com.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4381
SELANGOR
BSR6544
JOHOR
JA3846J
PULAU PINANG
PSD8517
PERAK
APJ9067
PAHANG
CFH1844
KEDAH
KGH1350
NEGERI SEMBILAN
NEK9485
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
