- Berita
- Berita Auto
- Volvo C40 Recharge Cas 40 Minit Dapat 420KM! Banyak Lagi Ciri Menarik Yang Anda Perlu Tahu!
Volvo C40 Recharge Cas 40 Minit Dapat 420KM! Banyak Lagi Ciri Menarik Yang Anda Perlu Tahu!
Dalam situasi industri masa kini, banyak syarikat telah beralih ke arah kenderaan bebas emisi di masa hadapan. Terkini, Volvo Cars telah memperkenalkan C40 Recharge, selari dengan inisiatif yang dikatakan tadi sebagai sebuah model kenderaan elektrik sepenuhnya yang berasaskan platform kenderaan CMA.

Menurut syarikat tersebut, banyak model elektrik lain akan mengikuti XC40 dan C40 Recharge pada tahun-tahun akan datang. Bukan itu sahaja, Volvo juga menyasarkan bahawa menjelang tahun 2025, sebanyak 50 peratus jumlah jualan globalnya adalah termasuk kereta elektrik sepenuhnya, dan selebihnya pula adalah model hibrid. Menjelang tahun 2030 pula, mereka menyasarkan kesemua jualan kereta adalah daripada model elektrik sepenuhnya.

"C40 Recharge melambangkan masa depan Volvo dan menunjukkan ke mana arah tujuan kami," ujar ketua pegawai teknologi, Henrik Green. "Ia adalah elektrik sepenuhnya yang hanya ditawarkan dalam talian dengan pakej penjagaan dan tersedia untuk penghantaran yang pantas. Untuk mendapatkan sebuah Volvo baharu, tidak pernah semenarik ini."

Reka bentuk model EV ini cukup bergaya, bahagian depan C40 Recharge datang dengan garis bumbung yang rendah dan juga lampu dengan teknologi piksel.


Di dalam kenderaan, penumpang diberikan tempat duduk yang tinggi, dengan pelbagai pilihan warna dan dekorasi. Bagaimanapun, buat pertama kalinya untuk Volvo, model ini sepenuhnya bebas daripada penggunaan material kulit.
C40 Recharge lengkap dengan sistem infotainmen yang dihasilkan bersama-sama Google, berasaskan sistem operasi Android yang tersedia dengan aplikasi dan perkhidmatan Google lain seperti Google Maps, Google Assistant dan juga Google Play Store.



Selain itu, model ini juga dibekalkan dengan data tanpa had untuk membolehkan sambungan yang lebih baik serta boleh menerima kemas kini terbaharu tanpa wayar.
Model ini dimuatkan dengan motor elektrik berkembar yang diletakkan bersebelahan antara satu sama lain pada gandar depan dan belakang. Bateri 78 kWh kereta ini boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa hanya sekitar 40 minit dan dapat digunakan dalam jarak sekitar 420 km. Namun begitu, jangka masa yang diambil untuk pengecasan bergantung kepada elemen lain seperti suhu luar, suhu semasa bateri, peralatan pengecasan, keadaan bateri dan juga kereta.

Seperti yang dinyatakan oleh Volvo Cars, pada masa ini C40 Recharge hanyalah ditawarkan dalam talian. Walau bagaimanapun, selepas membuat pembelian, pelanggan akan menerima pakej penjagaan yang merangkumi servis, jaminan, bantuan pinggir jalan, insuran dan pilihan pengecasan di rumah.


Pengeluaran C40 Recharge akan dimulakan pada musim luruh ini di kilang Volvo Cars yang terletak di Ghent, Belgium.
Untuk informasi lebih lanjut, layari volvocars.com
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volvo Catat Rekod Jualan Global Terbaru, Lebih 708K Terjual! Ini Dia Model Yang Terlaris...
Jenama automotif Sweden, Volvo, telah mencatatkan rekod jualan terbaru.
09-01-2024
Volvo Tamatkan Pengeluaran Kenderaan Diesel pada 2024
Volvo mengumumkan pada Minggu Iklim New York untuk menamatkan pengeluaran semua model kenderaan berkuasa diesel menjelang awal 2024.
19-12-2023
Mana Pilihan Anda? XC40 Recharge Atau C40?
Pandu Uji: SUV tanpa emisi, jenama Volvo bukan calang-calang.
02-06-2023
WOW! Volvo XC90 Paling Selamat Sebab Diiktiraf IIHS
SUV mewah saiz sederhana Volvo XC90 telah memenangi anugerah TOP SAFETY PICK+ 2023.
03-03-2023
Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2022 - EV Pertama Volvo
Volvo Car Malaysia memberi peluang kepada semua media untuk menguji pemanduan model EV pertama mereka.
23-03-2022
Volvo Cars Mengumumkan Jualan Global 56,883 Unit Kenderaan Pada Julai
Volvo Car mengumumkan jualan global sebanyak 56,883 kereta pada bulan Julai, namun momentum jualan dilihat merosot.
20-08-2021
XC40 Recharge T5 R-Design Dilancarkan
Ia kini sudah mula dipamerkan di sebuah pengedar Volvo.
25-02-2021
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

