Urusniaga Tanpa Tunai PUSPAKOM – Ini Yang Perlu Anda Tahu
Bermula hari ini, 5 April 2021, pelanggan dapat menikmati urusniaga pembayaran PUSPAKOM tanpa tunai. Selain itu, urusan lain seperti pengeluaran laporan pemeriksaan dan resit juga akan dilaksanakan tanpa kertas di pusat pemeriksaan PUSPAKOM.
Urusniaga tanpa kertas dan tunai ini akan dijalankan secara berperingkat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail, pelaksanaan ini akan dimulakan pada 5 April di PUSPAKOM Wilayah Tengah sebelum dijalankan di pusat-pusat pemeriksaan lain yang terdapat di seluruh negara.

PUSPAKOM Wilayah Utara akan bermula pada 5 Mei depan, Wilayah Selatan pada 5 Jun, Wilayah Timur pada 5 Julai, dan akhir sekali, Sabah dan Sarawak pada 5 Ogos.
“Ianya adalah inisiatif PUSPAKOM bagi menggalakkan transaksi tanpa sentuh dan mesra alam di kaunter mereka.
“Ia juga memudahkan pelanggan membuat pembayaran untuk pemeriksaan mereka tanpa membawa tunai, di samping mengurangkan penggunaan bahan kertas bagi mencetak resit serta laporan pemeriksaan,” katanya.

Kesemua urusan yang melibatkan kertas seperti bayaran tunai dan cetakan resit akan ditamatkan bermula daripada bulan Oktober nanti.
Menurutnya lagi, “Sistem ini amat sesuai untuk norma baharu yang dilalui ketika ini dan pembayaran digital semakin meningkat di Malaysia, terutamanya ketika penularan pandemik Covid-19.

“Justeru, perlaksanaan ‘Tanpa Tunai, Tanpa Kertas’ di PUSPAKOM amatlah bertepatan, kerana ia mengurangkan interaksi ‘face-to-face’ (bersemuka) diantara orang awam dengan kakitangan PUSPAKOM.
“Selain sejajar dengan proses dan inisiatif automasi dan pendigitalan PUSPAKOM,” katanya.
Jelasnya, kesemua transaksi akan direkodkan dan disimpan dalam pangkalan data PUSPAKOM. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan integriti PUSPAKOM pada pandangan masyarakat.
Kewujudan data ini turut akan memudahkan pengguna yang ingin memantau aktiviti dan transaksi yang telah dilakukan dengan PUSPAKOM.
Untuk pengetahuan pembaca, perancangan ini merupakan lanjutan bagi sistem digital, MyPUSPAKOM, yang diperkenalkan pada tahun 2017. Sistem ini ialah sebuah platform yang boleh digunakan orang ramai untuk menetapkan temujanji pemeriksaan dan untuk menyelesaikan urusan transaksi dalam talian.

Antara sistem pembayaran dalam talian yang ditawarkan ialah FPX, kad debit, kad kredit dan pelbagai kemudahan e-dompet lain seperti PUSPAKOM e-wallet, Maybank QRPay, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, WeChat Pay dan Alipay.

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di 03-5101 7000 atau gunakan Live Chat di www.puspakom.com.my ataupun ikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
