Jom Tukar Dengan myTukar!
Platform perdagangan kereta terpakai yang paling pesat berkembang myTukar Sdn Bhd telah memperkenalkan empat pusat pengalaman jualan bagi memudahkan proses pembelian dan penjualan kereta
Langkah ini dilihat telah mendigitalkan proses tradisional dimana urusan jual-beli kereta lazimnya dibuat di pusat jualan namun kini, ia beralih kepada teknologi canggih.
Oleh itu, pengalaman para pelanggan telah ditingkatkan dengan penyelesaian yang berasaskan kepada perkhidmatan dan produk.

myTukar juga dikatakan membantu pelanggan untuk menjual kereta mereka pada harga tinggi dengan mencari pembeli dan penjual di seluruh negara.
Tidak sekadar itu sahaja, syarikat berkenaan juga mempermudahkan proses pembelian kereta menerusi bilik pameran digital yang beroperasi 24 jam tujuh kali seminggu.
Bilik pameran canggih itu juga menawarkan perkhidmatan kewangan dan pakej selepas jualan.

Oleh itu, para pelanggan juga dapat berbual secara langsung dengan wakil jualan myTukar untuk sebarang pertanyaan.
Laman web itu turut menyediakan paparan 360 darjah dari luaran dan dalaman bagi setiap kereta yang sedia ada di setiap lokasi cawangan selain turut memberikan pautan peta berhubung pusat jualan yang terlibat.
Buat masa ini, myTukar mempunyai empat jenis pusat pengalaman jualan yang terdiri daripada Pusat Pengalaman Runcit myTukar, Pusat Pengalaman Penghantaran, Pusat Selepas Jualan dan Pusat Pemeriksaan.



“Konsep pusat jualan kami akan memberikan pengalaman jual beli kereta yang baharu terutamanya dengan pusat jualan kami yang terletak di pusat beli-belah, "kata ketua pegawai eksekutifnya Fong Hon Sum.
Setiap Pusat Pengalaman Jualan dilengkapi dengan pelbagai komponen bermanfaat.
Bermula dengan Pusat Pengalaman Jualan myTukar yang terletak di beberapa pusat beli-belah utama seperti Paradigm Mall dan One Utama.
Malah, sebuah lagi pusat pengalaman jualan akan dibuka di Mid Valley.



Pusat pengalaman itu dikatakan menyediakan pengalaman yang terbaik untuk pelanggannya.
Dalam pada itu, Pusat Pengalaman Jualan, Pusat Pengalaman Penghantaran, Pusat Selepas Jualan dan Pusat Pemeriksaan menyediakan perkhidmatan seperti pra-pinjaman, pandu uji, pemeriksaan, cukai jalan, perbaharui insurans, servis selepas jualan dan penyelenggaran.
Ia juga menyediakan pembaikan kereta berskala kecil, cuci kereta dan lain-lain lagi.

myTukar juga kini hadir dengan penampilan baharu dan pengalaman jualannya kelihatan lebih premium.
Dengan myTukar, pelanggan menerima pelbagai faedah yseperti pengalaman secara offline dan dalam talian selain jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari dan juga jaminan kualiti.
Malah, myTukar juga memberi jaminan selepas jualan untuk setahun, pra-saringan dan harga jual-beli yang tinggi.
myTukar yang kini boleh didapati di pusat beli-belah utama sekali gus bukan sahaja memberi kesenangan kepada pelanggan tetapi menyediakan pengalaman pembelian baharu.
Pelanggan boleh melayari pemandangan 360 darjah dari dalam dan luaran kereta dengan menggunakan tablet yang terdapat di kiosk myTukar.


Bagi perkhidmatan pembiayaan pra-saringan, ia boleh dibuat memandangkan CTOS boleh membantu untuk memeriksa kelayakan kredit termasuk rancangan kewangan yang sesuai berdasarkan rekod CTOS.
Syarikat myTukar yang menjadi salah satu penjual paling bertanggungjawab kerana ia menjual kenderaan berdasarkan bajet dan rekod kewangan pelanggannya.

Menjadi salah satu platform perdagangan kenderaan terpakai paling cepat berkembang di Malaysia, menyebabkan syarikat ini hanya menumpukan aspek digital.
myTukar kini berhasrat menjadi salah sebuah platform jual kereta paling dipercayai, telus, paling berkesan dan cekap.
Sungguh senang! Pemilik kereta kini boleh menjual kereta dengan hanya tiga langkah: buat temu janji pemeriksaan, lelongan secara langsung, terima tawaran dan bayaran dalam tempoh 24 jam.

Sebanyak 17 pusat pemeriksaan myTukar kini dibuka tujuh hari seminggu dan telah berjaya mengurus lebih 40,000 kereta dengan jumlah yang telah mencecah lebih RM1 bilion.
Pada Jun tahun lalu, myTukar yang telah bekerjasama dengan CapBay untuk melancarkan skim pembiayaan yang bernilai RM300 juta bagi memberi sokongan lebih kepada 2,100 rakan kongsi pengedar kereta terpakai di negara ini.
Untuk keterangan lanjut, layari mytukar.com atau kunjungi kiosk myTukar di Paradigm Mall dan One Utama!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat