Gojek Bakal Ke Arah Ekosistem Hijau
Syarikat gergasi pembayaran dan e-hailing Indonesia, Gojek berhasrat untuk menjadikan setiap kereta dan motosikal yang menyertai platformnya sebagai kenderaan elektrik menjelang tahun 2030.
Syarikat itu secara rasminya mengumumkan rancangannya itu pada Jumaat lalu, dengan menyasarkan untuk mencapai Sifar Pelepasan Karbon yang turut dinyatakan dalam laporan kemampanan tahunan yang pertamanya.
![]()
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Gojek, Kevin Aluwi berkata, pihaknya menyasarkan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak.
Langkah itu diambil bagi membolehkan kerajaan mengurangkan kos EV kira-kira 30 peratus, iaitu lebih rendah berbanding kenderaan yang menggunakan pembakaran enjin dalaman.
Namun disebabkan kelengkapan infrastruktur negara yang dilihat masih kurang, dimana Indonesia hanya mempunyai 100 stesen pengecas elektrik ketika ini sekali gus menyebabkan kos ekosistem elektrik itu dikatakan akan meningkat.
Oleh itu, Gojek akan menyokong pembangunan EV negara termasuk merancang untuk mengembangkan beberapa infrastruktur termasuk stesen pengecas dan pertukaran bateri.
Bagaimanapun kebimbangan utama golongan pemandu di sebalik peralihan penggunaan EV adalah melibatkan kuasa, infrastruktur dan kos tinggi.
Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, Gojek akan menerokai perjanjian pajakan melalui perkhidmatan kewangannya.

Malah, kerajaan Indonesia turut membantu Gojek untuk memeterai perjanjian dengan pembuat bateri dari China, Contemporary Amperex Technology Co Ltd (CATL) yang membekalkan bateri EV.
“Kami menyedari bahawa pembangunan ekosistem EV ini melibatkan pelbagai perkara- yang bermula dari bahan mentah sehingga pengeluaran bateri.
“Ini adalah sesuatu yang memberangsangkan dimana kerajaan juga melihatnya ia merupakan sebahagian besar yang melibatkan masa depan Indonesia,” kata Kevin.
Di sebalik hala tuju teknologi hijau, Gojek juga telah melancarkan program untuk mengurangkan penggunaan plastikk sekali guna dalam penghantaran makanan.
Ia bertujuan untuk mencapai sasaran sifar sampah dan sifar pelepasan karbon menjelang tahun 2030.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9654
SELANGOR
BSR5766
JOHOR
JA2279J
PULAU PINANG
PSD7472
PERAK
APJ8039
PAHANG
CFH1523
KEDAH
KGH651
NEGERI SEMBILAN
NEK9076
KOTA KINABALU
SJT703
KUCHING
QAB1945P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
