- Berita
- Berita Auto
- Rakyat Malaysia Pertama Miliki Bugatti Divo RM24.3 Juta! 1 Daripada 40 Unit Di Dunia!
Rakyat Malaysia Pertama Miliki Bugatti Divo RM24.3 Juta! 1 Daripada 40 Unit Di Dunia!
Bugatti Divo ialah sebuah model kereta eksklusif daripada model asalnya, Chiron. Kereta mewah dengan personaliti yang dramatik ini adalah 90 kg lebih ringan berbanding yang asal. Hanya dihasilkan sebanyak 40 unit sahaja, kereta ini sememangnya rare!

Harganya? Bukan Main-Main
Dijual pada harga USD5.9 juta (RM24.3 juta) tidak termasuk cukai dan aksesori tambahan lain.
Siapakah Gerangan Pemilik Kereta Ni?
Khabarnya, salah seorang daripada 40 orang pembeli bertuah kereta ini adalah rakyat Malaysia sendiri!
Pemiliknya ialah JP Chin, seorang ahli perniagaan dan pemilik JPM Museo, sebuah galeri yang mempamerkan koleksi peribadi beliau sendiri daripada kereta-kereta yang terdapat dalam filem sehinggalah kepada hypercar yang ikonik.


Beliau bukan sahaja dikenali sebagai peminat dan pengumpul kereta, tapi juga motosikal. Selain Divo, beliau juga mempunyai kereta mewah lain seperti McLaren P1, Ferrari F12tdf, Lamborghini Aventador SVJ, dan Porsche 911 GT2 RS. Lain macam tebal poketnya.
Bukan itu sahaja, kereta lain yang turut ada dalam koleksinya ialah Hummer H1, Ford Mustang Eleanor, Morgan Aero 8 dan skuter BMW C1.
Bercakap tentang Bugatti, kereta terkini yang dimilikinya ini bukanlah Bugatti yang pertama. Beliau juga dilihat pernah bergambar dengan Bugatti Chiron dan Bugatti Veyron di media sosialnya!



Bugatti Divo dikuasakan oleh enjin yang sama digunakan dalam Chiron iaitu enjin W16 8.0 liter yang boleh menjana sehingga 1,500 hp dan 1,600 Nm kuasa tork. Kuasa disalurkan kepada kesemua tayar melalui transmisi dwi-klac 7 kelajuan. Ini membolehkan Divo untuk mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa hanya 2.4 saat, dengan kelajuan maksimum setinggi 380 km/j.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
