- Berita
- Berita Auto
- Kereta Elektrik Porsche Laku! Porsche Dedahkan Apa Yang Dibuat Untuk Menarik Lagi Ramai Pengguna
Kereta Elektrik Porsche Laku! Porsche Dedahkan Apa Yang Dibuat Untuk Menarik Lagi Ramai Pengguna
Porsche Asia Pasifik telah mencapai pertumbuhan sebanyak 28 peratus bagi suku pertama (Q1) 2021 yang mana sebanyak 827 buah kereta sport diserahkan berbanding tahun lalu.

Pemacu kepada peningkatan yang memberangsangkan ini adalah teknologi elektrifikasi di mana 47 peratus daripada jualan yang dibuat adalah terdiri daripada kenderaan elektrik bateri (BEV) atau kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV). Pencapaian ini meletakkan syarikat pada landasan yang tepat ke arah mencapai matlamat global yang ditetapkan iaitu supaya separuh daripada kesemua model baharu Porsche yang berjaya dijual adalah model elektrik atau hibrid menjelang 2025.
"Cukup menaikkan semangat apabila pelanggan menghargai komitmen tinggi yang kami berikan.
"Kenderaan hibrid dan elektrik sepenuhnya daripada kami mendapat penerimaan lebih daripada yang dijangkakan," kata Ketua Pengarah Eksekutif Porsche Asia Pasifik, Arthur Willmann. Syarikat telah menyerahkan kira-kira 150 unit kereta elektrik sepenuhnya, Porsche Taycan kepada pelanggan pada suku ini. Penyerahan model ini menyumbang kepada hampir satu perlima daripada keseluruhan penghantaran yang dibuat.
Pelancaran kereta versi elektrik sepenuhnya iaitu Taycan dan juga pengenalan kepada inisiatif bebas karbon akan terus menjadi fokus penting bagi Porsche Asia Pasifik pada tahun ini.
Pengenalan Model Kereta Baharu

Model keempat dalam barisan kereta eletrik Taycan serta kereta baharu iaitu 911 GT3 bakal diperkenalkan untuk memenuhi impian pelbagai jenis citarasa peminat kereta Porsche.
Kerjasama Dengan Shell Wujudkan Rangkaian Pengecasan Elektrik
Rantau Asia Tenggara terutamanya Singapura dan Malaysia menunjukkan prestasi jualan yang cukup memberangsangkan, menjadikan kedua-dua negara ini antara pasaran terpenting Porsche. Kedudukan ini bakal dikukuhkan lagi melalui inisiatif yang diambil oleh Porsche iaitu untuk mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik melalui usahasama dengan Shell. Kerjasama ini membabitkan enam buah cawangan Shell yang akan dilengkapi dengan kemudahan pengecasan arus terus (DC) 180 kW berserta dua penghubung CCS Type 2. Kemudahan yang disediakan ini merupakan pengecasan yang berkapasiti tertinggi bagi kedua-dua buah negara.

Turut didedahkan, rangkaian jualan Porsche di Malaysia akan diperkembangkan lagi dengan pembukaan pusat jualan Porsche di Johor Bahru.
Pameran "Driving Tomorrow"

Di Singapura, Porsche Asia Pasifik komited untuk membawa jenama ini kepada pengguna baharu dengan mengadakan pameran "Driving Tomorrow" yang telah diadakan di Lapangan Terbang Changi Singapura.
Pusat Jualan Berkonsep Butik

Di samping itu, dedikasi yang ditunjukkan Porsche turut dapat dilihat melalui pelancaran pusat jualan kereta yang berkonsepkan butik mewah di Porsche Studio Hanoi, Vietnam. Pusat jualan ini dilengkapi dengan fasiliti perpustakaan khas Porsche yang digabungkan dengan teknologi canggih.
"Studio ini bukan sahaja membenarkan pengunjung melihat kesemua kereta yang dipamerkan, tetapi juga dapat dijadikan sebagai sebuah ruang seni dan pameran yang memaparkan hasil seni tempatan yang mencerminkan semangat inovatif syarikat dan juga komitmen syarikat terhadap usaha pembangunan mampan. Studio ini juga akan digunakan sebagai ruang acara," ujar Ketua pengurusan jenama dan kerjasama Porsche, Deniz Keskin.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge