- Berita
- Berita Auto
- Pendapatan jualan syarikat itu juga meningkat dari €6 bilion pada suku tahun sebelumnya kepada €7.7 bilion pada tahun ini.
Pendapatan jualan syarikat itu juga meningkat dari €6 bilion pada suku tahun sebelumnya kepada €7.7 bilion pada tahun ini.
Di sebalik pandemik Covid-19, Porsche nampaknya masih mampu mencatatkan keuntungan operasi biarpun suasana ekonomi semakin suram.
Dalam tempoh yang mencabar ini, Porsche AG dilihat berjaya mencapai keuntungan operasi sebanyak €1.2 bilion pada suku pertama tahun 2021, berbanding suku pertama 2020 dimana pada tahun lalu, ia cuma mencatatkan keuntungan €572 juta.

Pendapatan jualan syarikat itu juga meningkat dari €6 bilion pada suku tahun sebelumnya kepada €7.7 bilion pada tahun ini. Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak 28 peratus.
Bagaimanapun, pulangan jualan juga meningkat dari 9.5 peratus kepada 16.2 peratus.

“Kami telah memulakan tahun ini dengan baik dan kami menjangka sekali lagi akan mencapai matlamat pulangan jualan sebanyak 15 peratus dalam fiskal tahun ini.
“Bagi mencapai tanda aras ini, ia merupakan satu pencapaian yang agak besar kerana kami telah melabur lebih banyak berbanding pelaburan dalam elektrifikasi, digital dan kelestarian,” kata Timbalan Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif bertanggungjawab bagi Kewangan dan IT, Lutz Meschke.
Tambah beliau, berdasarkan angka suku tahunan, ia menunjukkan syarikatnya berada dalam kedudukan yang sangat baik terutamanya dari segi kos dan unjuran pendapatan.


Syarikat itu telah melakukan penghantaran kira-kira 72,000 kenderaan di seluruh dunia dalam tempoh tiga bulan pertama pada tahun ini sekali gus menunjukkan peningkatan 36 peratus pada tahun ke tahun.
Menerusi 22,458 pembelian kereta keluaran syarikat itu, model Macan dikatakan paling laris dijual setakat ini.
Ia kemudian diikuti dengan Taycan yang merupakan kereta sport elektrik pertama Porsche.
Malah, syarikat berkenaan telah melakukan penghantaran Taycan sebanyak 9,072 kali.


“Hakikatnya, kami mempunyai pasukan yang kuat di sebalik angka peningkatan jualan syarikat. Hasil kerja berpasukan akhirnya membolehkan syarikat berada pada kedudukan yang kukuh biarpun terpaksa melalui saat-saat getir,
“Kami menyasarkan untuk menjual lebih banyak lagi model Taycan pada tahun ini,” kata Pengerusi Lembaga Eksekutif Porsche AG, Oliver Blum.
Pada suku pertama, pihaknya telah berjaya menghantar hampir separuh daripada jumlah keseluruhan model kereta elektrik pada tahun lalu.
Berdasarkan data, kira-kira 50 peratus pembeli merupakan pelanggan baharu mereka. Penjualan Taycan meningkat memandangkan ia mendapat permintaan tinggi daripada para peminat Taycan.

“Aliran tunai yang mencecah lebih €1.5 bilion menunjukkan bahawa kami beroperasi dengan margin yang kukuh.
“Di sebalik kejayaan ini, kami sedar bahawa kami terpaksa menempuh cabaran yang luar biasa ketika ini. Oleh itu, kami akan terus mencari sumber potensi baharu untuk pendapatan dan simpanan,” kata Meschke.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge