ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiga Fasa Lockdown Akan Bermula Selasa Depan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kerajaan akhirnya terpaksa akur  untuk melaksanakan total lockdown atau penutupan penuh Fasa Pertama bagi semua sektor ekonomi dan sosial di seluruh negara bermula Selasa depan hingga 14 Jun ini.


Pejabat Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira penularan Covid-19 di Malaysia yang ketika ini sudah mencecah lebih 8,000 kes harian. 

“Maka, sepanjang  tempoh 14 hari, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),”  katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak Covid-19 dan jumlah kematian semakin meningkat. 


Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi  dikatakan turut mempengaruhi keputusan pada hari ini. 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kenyataan itu berkata, kerajaan akan melaksanakan tiga fasa lockdown sekiranya penutupan Fasa Pertama berjaya mengurangkan kes Covid-19.

Selepas penutupan penuh fasa pertama, kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua selama empat minggu.

Dalam Fasa Kedua ini, kerajaan akan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar.

Langkah itu kemudian disusuli dengan Fasa Ketiga dimana kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang berkuat kuasa pada masa ini .


Menerusi Fasa Ketiga nanti, kerajaan akan membenarkan hampir semua sektor ekonomi untuk  beroperasi namun tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard manakala kehadiran pekerja secara fizikal di tempat kerja juga akan dihadkan.

Bagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Susulan pengumuman yang menggemparkan ini, Kementerian Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

Pengumuman mengenai pakej bantuan tersebut akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini. 


Di sebalik keputusan ini, jalan terbaik adalah duduk di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.


Namun, apakah pendapat anda mengenai keputusan ini? Jom, kongsi pendapat anda di bawah ruangan ini!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4902

SELANGOR

BSR6718

JOHOR

JA4418J

PULAU PINANG

PSD8749

PERAK

APJ9263

PAHANG

CFH1897

KEDAH

KGH1430

NEGERI SEMBILAN

NEK9535

KOTA KINABALU

SJT1341

KUCHING

QAB2164P

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.