- Berita
- Berita Auto
- Makin Ramai Beli Kereta Elektrik Di UK, Tapi Masih Ada Yang Ragu Untuk Beli. Kenapa?
Makin Ramai Beli Kereta Elektrik Di UK, Tapi Masih Ada Yang Ragu Untuk Beli. Kenapa?
Syarikat automobil di seluruh dunia pada hari ini banyak yang mula melakukan perubahan ke arah teknologi yang mampan untuk mengurangkan pemanasan global, pencemaran udara dan sebagainya. Disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap kenderaan dengan emisi sifar, UK kini telah mengambil tempat Perancis sebagai pengeluar kereta elektrik yang kedua terbesar di Eropah pada suku pertama tahun ini.

Berdasarkan sebuah analisis oleh Matthias Schmidt seorang juruanalisis automotif bebas, kira-kira 31,800 kenderaan elektrik bateri telah terjual di UK dalam masa hanya tiga bulan pertama. Sementara itu, Perancis pula hanya mampu mencapai jumlah jualan sebanyak 30,500.
Merujuk kepada data industri, jualan kereta elektrik yang dicapai oleh UK ini adalah merangkumi 7.5 peratus jualan kesuluruhan kereta di UK.

Walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda dunia, lebih daripada setengah juta kereta elektrik telah terjual pada tahun 2020, pencapaian tertinggi pertama dalam sejarah pasaran Eropah. Walau bagaimanapun, jualan dijangka bakal bertambah sehingga satu juta pada tahun ini.
Sementara itu di negara Jerman, dengan jualan sebanyak 64,700 buah kereta pada suku pertama, negara ini memiliki pasaran terbesar bagi kereta elektrik di Eropah. Pencapaian tinggi yang dicapai oleh negara Jerman ini banyak disumbangkan oleh bantuan daripada kerajaan Jerman melalui subsidi.
![]()
Manakala Norway pula ialah negara pertama di dunia yang berjaya menjual kereta elektrik terbanyak berbanding kereta bahan bakal fosil pada tahun 2020.
"Berkemungkinan besar, UK akan kekal di tempat kedua dalam pasaran BEV Eropah pada tahun ini, walaupun jauh ke belakang berbanding Jerman, (negara) yang menjadi penggantungan pengeluar untuk memenuhi sasaran seluruh Eropah, terima kasih atas tawaran insentif yang banyak ditawarkan," ujar Schmidt.

Tambah beliau, pengeluar akan diminta untuk meningkatkan lagi jumlah jualan kereta plug-in di UK ketika "make-or-break year" untuk mematuhi had emisi baharu, pasca Brexit.
"Sudah terdapat bukti pengeluar cuba untuk mengeluarkan (lebih banyak) model kereta beremisi rendah di UK."
Selain itu, pengeluar kereta premium Jerman, BMW turut mengurangkan harga bagi kereta elektriknya, i3 pada penghujung Mac 2021 untuk memenuhi had harga yang ditetapkan untuk mendapatkan subsidi kerajaan.
Walaupun jualan kereta elektrik dilihat kian meningkat di UK, ramai pemandu bimbang sekiranya rangkaian pengecasan tidak dapat menampung penggunaan yang terlalu tinggi. Dalam kajian yang dijalankan ke atas pemandu British oleh YouGov, dibawah kebenaran CTEK (syarikat pengecas kereta elektrik), didapati bahawa sebanyak 78 peratus pengguna merasakan bahawa infrastruktur pengecasan masih lagi tidak mencukupi berbanding 65 peratus pengguna daripada negara Eropah yang lain.

Bukan itu sahaja, kajian ini turut mendapati bahawa antara punca utama kenapa orang ramai masih tidak membeli kereta elektrik adalah kerana harga kereta ini yang agak tinggi. Namun begitu, disebabkan oleh permintaan yang tinggi, harga kereta elektrik dianggarkan bakal turun bagi mengalahkan jualan kereta pembakanan fosil. Agaknya bilalah perubahan sebegini akan berlaku di negara kita?
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW, Millennium Welt Sediakan Dua Fasiliti Pengecasan BMW i Di Gamuda Gardens, Rawang
BMW Group Malaysia dan Millennium Welt telah melancarkan dua stesen pengecasan baharu.
28-02-2022
Honda Bina Kilang Khas Untuk Pengeluaran EV.
Kilang tersebut akan dibina di Zon Pembangunan Ekonomi Wuhan di wilayah Hubei, China.
18-02-2022
Bakal Lancarkan Kereta Elektrik, Oppo Nak Ikut Jejak Huawei & Xiaomi?
Oppo, anak syarikat BBK Electronics merancang untuk terlibat dalam dunia automotif.
07-05-2021
Huawei Berkemungkinan Besar Akan Menjual Kereta Elektrik Tahun Ini!
Huawei dikhabarkan akan melebarkan sayap perniagaan melalui penglibatan dalam dunia pengeluaran automotif.
02-03-2021
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Toyota Bakal Pasang Toyota GR Corolla Di Kilang UK Pula? Jadi, Ini Pertama Kali GR Corolla Dipasang Di Luar Jepun
Pengeluaran model hot-hatch GR Corolla akan dilaksanakan di United Kingdom bermula tahun depan.
03-06-2025
UK Mungkin Benarkan Kenderaan Pandu Sendiri Di Jalan Raya Mulai 2025
Kenderaan pandu sendiri akan digunakan di Britain mulai 2025.
21-08-2022
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
