Anda Kini Boleh Beli Kenderaan Nissan di Lazada!
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan secara rasmi Nissan Flagship Store di platform e-dagang terkenal di Malaysia, Lazada.

Sempena Jualan 5.5 Lazada, pelanggan kini boleh menempah Nissan Almera 1.0LTurbo, Nissan Navara, X-Trail atau Serena S-Hybrid dengan hanya serendah RM250.
Oleh itu, seramai 55 orang pelanggan pertama berpeluang menerima mesin kopi Nescafe bernilai RM598.
“Kami teruja untuk mengembangkan penjualan model Nissan di Lazada. Ia kini boleh dibeli dengan mudah oleh sesiapa sahaja yang gemar melakukan pembelian di hujung jari.
“Di sebalik dunia berdepan dengan ancaman penularan COVID-19, pendigitalan sememangnya berkembang pesat.
“Jadi, kami yakin langkah ini mampu meningkatkan perkhidmatan dan pada masa sama memberi tawaran terbaik kepada pelanggan apabila mereka membeli sebuah kereta Nissan baharu secara digital,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
Nissan Almera 1.0L Turbo kini hadir dengan pakej aksesori Urban bernilai RM5,500 dan tawaran pembiayaan Flexi pula ditawarkan serendah RM540 sebulan.
Malah, terdapat promosi untuk penjawat awam dimana ia menawarkan varian VL Almera Turbo pada harga permulaan RM71,906 sahaja.

Selain itu, Nissan Navara 4x4 2.5L Turbo Double-Cab Pick-up yang dilengkapi dengan teknologi terbaik dalam kelasnya dimana ia termasuk the Nissan Intelligent Mobility (NIM).
Pembiayaan Flexi ini pula ditawarkan pada RM950 sebulan.

Nissan X-Trail kini hadir dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition yang bernilai RM5,600.
Serena S-Hybrid pula didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun termasuk alat ganti dan kos buruh.
Pelanggan yang berminat boleh melayari laman https://www.lazada.com.my/shop/nissan-malaysia-flagship-store untuk mengetahui lebih lanjut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4683
SELANGOR
BST2036
JOHOR
JD589J
PULAU PINANG
PSF532
PERAK
APK9278
PAHANG
CFH5328
KEDAH
KGH7083
NEGERI SEMBILAN
NEL5611
KOTA KINABALU
SJT6741
KUCHING
QAB4464P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026
Kami pandu uji Nissan Serena e-Power (C28/generasi keenam) sebelum kemunculan rasminya pada Q1 2026. Model ini menggunakan enjin e-Power Gen-2, menjanjikan jarak mencecah 1,000 km.
05-12-2025
Tan Chong Motor Terima Pengiktirafan Tertinggi "Anugerah Nissan Global 2023"
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) Malaysia telah menerima pengiktirafan tertinggi daripada Nissan.
10-10-2023
Pelancaran Pusat Flagship 3S Nissan Di PJ – Canggih, Selesa & Serba Lengkap
Pelancaran Pusat Flagship Nissan 3S yang lebih moden, selesa dan lengkap di Petaling Jaya.
04-09-2023
EV Nissan Ariya Dikesan Di Malaysia – Bila ETCM Akan Lancarkannya Secara Rasmi?
Nissan Ariya SUV hibrid elektrik telah dikesan sekali lagi di Malaysia, kali ini di pusat bandar Kuala Lumpur.
06-04-2023
Tahun Baharu Cina, ETCM Tawar Penjimatan Hebat
Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan The Most Exciting Ang Pow Yet dengan penjimatan sehingga RM9,950 bagi pembelian kereta Nissan.
13-01-2023
Kalau Nak MPV Paling Luas, Jawapannya, Nissan Serena S-Hybrid
MPV adalah keperluan, bukan kehendak buat masa sekarang namun Nissan Serena S-Hybrid ada peminatnya tersendiri.
11-01-2023
Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Nissan Yang Terkesan Akibat Banjir
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menganjurkan program bantuan banjir untuk para pemilik kereta Nissan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
07-01-2023
Pakej Tomei Untuk Semua Varian Nissan Almera, Harga Dari RM8K
Aksesori Tomei kini ditawarkan untuk kesemua varian Nissan Almera.
18-08-2022
Berita Terkini
Ketegangan di Thailand: MB Kelantan Nasihat Tangguh Perjalanan
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
