Jentera Mewah Grand Touring Ini Dikatakan Tiada Tandingan!
Perlumbaan berasaskan kereta Grand Tourer (GT) Bentley, Flying Spur dikatakan sebuah kereta yang sangat hebat dengan penambahbaikan yang tiada tandingannya.

Kereta sedan empat pintu itu didatangkan dengan teknologi canggih, keselesaan dan pilihan lapisan kayu dalaman yang baharu dan cat bahagian luaran juga dikatakan baharu.
Menjengah kabin dalaman yang mewah, ia dilihat memiliki banyak ciri yang menawarkan pelbagai kandungan pilihan.
Antaranya adalah pengenalan papan tanda lalu lintas, pembukaan ruang but bebas tangan, ciri keselamatan yang telah dilanjutkan, lampu selamat datang, cermin pandang belakang dan pembersih udara.

Pembersih udara itu dikatakan dapat mengeluarkan zarah dari bolong penghawa dingin tengah yang bertujuan untuk membersihkan udara kabin sekali gus dapat menghapuskan udara tercemar dari udara.
Flying Spur juga dikatakan kini mendapat manfaat kerana menggunakan kaedah Prototaip Maya bagi menyampaikan prestasi akustik untuk membaiki faktor kebisingan, gegaran, kekasarannya.

Proses yang teliti ini membolehkan ujian akustik untuk menapis sebarang bunyi udara masuk ke dalam kabin dan sebarang kesan dari struktur seperti tayar dan bunyi bising jalan raya juga boleh dikenalpasti.

“Dengan menggunakan Prototaip Maya, Bentley berjaya mengoptimumkan setiap komponen Flying Spur dalam dunia maya sebelum mereka cipta bahagian fizikal.
“Pada masa sama, kami juga telah mengurangkan prototaip fizikal ketika mereka cipta kabin paling senyap untuk para pelanggan kami,” kata jurutera akustik Bentley Motors, Simon Noble.
Malah, pilihan peribadi astetik juga ditawarkan di bahagian luaran dan dalaman jentera ini.

Menyentuh mengenai bahagian luarannya, ia hadir dengan warna Cambrian Grey.
![]()
Dengan penambahan warna baharu ini, ia dikatakan telah memperluaskan palet catnya kepada 63 warna.

Bahagian dalamannya, ia dibaluti dengan variasi warna dan butiran potongan panel kayu liang terbuka selain menawarkan bahagian dalaman Bentley yang eksklusif untuk setiap pelindung tempat duduk.

Bercakap mengenai ciri potongan kayu terbuka ini, ia sebenarnya terdiri daripada pelbagai warna iaitu Crown Cut Walnut, Dark Burr Walnut dan Koa veneers.

Setiap panel kayu yang memiliki liang pori terbuka dipadankan dengan tiga lapisan ultra-tipis bagi mengekalkan kualitinya
-full.jpg)
Malah setiap kemasan lakuer digilap dengan menggunakan tangan dan kertas pasir bagi memastikan lakuer tadi melekat pada kayu secara semula jadi.

Hasil gilapan ini juga dikatakan akan menghasilkan kemasan seolah-olah seperti lilin yang sekali gus menonjolkan spesies kayu autentik selain warna dan tekstur yang semula jadi.

Pendek kata, Flying Spur mendefinisikan falsafah kebolehpercayaan dan penyempurnaan W.O Bentley. Ia merupakan aspek paling penting Bentley yang diteruskan sehingga hari ini dengan menjadikan Flying Spur sebagai contoh keunggulan Bentley yang mewah.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley
Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
09-02-2026
Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP
Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.
17-11-2025
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley
Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.
12-09-2024
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8
Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.
22-07-2024
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta
Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.
04-04-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge