- Berita
- Berita Auto
- Pemandu Formula E Dan Pemilik Kereta LEAF, Sebastien Buemi Berkongsi Kisah Mengenai Kehebatan EV
Pemandu Formula E Dan Pemilik Kereta LEAF, Sebastien Buemi Berkongsi Kisah Mengenai Kehebatan EV
Bagi memberi inspirasi kepada yang lain, pemandu Formula E dan pemilik kereta elektrik jenama LEAF, Sebastien Buemi berkongsi kisah mengenai kenderaan elektrik (EV) yang membawa kemenangan baik di dan luar trek lumba.
Kisahnya itu menjadi sebahagian daripada siri yang bertajuk “My Life with a Nissan LEAF”.
![]()
“Saya memandu kereta elektrik pada setiap hari, bukan sahaja ketika berlumba tetapi untuk hantar anak ke sekolah dan membawanya bersiar-siar di kampung halaman di Switzerland. Kereta Nissan Leaf membuatkan saya merasai keseronokan memandu EV walaupun saya bukan berada di trek lumba,” katanya.
Berdasarkan kuasa dan kecekapan kereta elektrik itu, beliau mengakui tertarik dengan EV sejak berlumba di Formula E.


Kenderaan jenama LEAF itu juga dilengkapi dengan teknologi canggih yang mengoptimumkan kecekapan kenderaan itu di jalan raya.
“Saya agak terpegun dengan kereta EV yang mampu menghamburkan kuasa tinggi termasuk daya pecutannya dan pengurusan tenaga yang terdapat pada EV,” jelasnya.
Perasaan ingin tahu yang tinggi menyebabkan pemandu Formula E ini sanggup menyertai barisan pemandu yang memandu EV.


Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Nissan di Eropah mendapati sebanyak 70 peratus pemandu EV mengakui rangkaian autonomi EV adalah lebih baik daripada apa yang dijangkakan mereka.
“Kereta LEAF membawa keterujaan dalam pemanduan seharian saya. Kecekapan kuasanya bermula dari e-Pedal membuatkan pemanduan di jalan raya lebih seronok berbanding berlumba di trek.
“Sel bateri LEAF juga agak cekap termasuk brek janaan semulanya membuatkan pengalaman membawa kenderaan EV ini lebih menyakinkan.



“Sejak 10 tahun lalu, infrastruktur lokasi stesen pengecas elektrik dilihat telah bertambah baik. Malah di Switzerland dimana saya tinggal, amatlah mudah mencari stesen pengecas elektrik sekali gus membuatkan saya mudah mengecas LEAF saya,” tambahnya.

“Bagi mereka, Formula E adalah mengenai keseronokan, tenaga dan alam sekitar.
“Kami berbesar hati melihat Sebastien menerima pakai prinsip dan mempamerkan bagaimana prinsip ini dapat disatukan dalam pemanduan harian dengan menggunakan Nissan LEAF,” kata Pengarah Motorsport Global Nissan untuk Formula E, Tommaso Volpe.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026
Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.
22-12-2025
Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah
Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.
19-12-2025
Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026
Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.
18-12-2025
Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800
Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.
28-11-2025
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang
Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.
20-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"
Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.
14-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini
Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.
16-10-2025
Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih
Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.
14-10-2025
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
