- Berita
- Berita Auto
- Nexo Berjaya Menempuh Perjalanan Jarak Jauh Dengan Hanya Menggunakan Satu Tangki Hidrogen
Nexo Berjaya Menempuh Perjalanan Jarak Jauh Dengan Hanya Menggunakan Satu Tangki Hidrogen
Seorang pemandu rali yang membawa kenderaan utiliti sukan (SUV) hidrogen yang dikenali sebagai Nexo berjaya memecahkan rekod dunia apabila menempuh jarak perjalanan paling jauh dengan menggunakan kenderaan yang dijana dengan satu tangki hidrogen.
Nexo adalah kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV). Sebelum ini, rekod berkenaan pernah dicipta oleh Bernard Piccard ketika membawa kenderaan itu sejauh 778 kilometer.

Rekod terbaharu itu dicipta oleh pemandu rali Australia, Brendan Reeves selepas melakukan perjalanan sejauh 887.5 kilometer.
Pemanduan itu dikatakan bermula dari Essendon Fields, Melbourne sebelum melakukan perjalanan ke Broken Hill dan Silverton, iaitu sebuah pekan yang terletak di pinggir bandar bandar Broken Hill. Ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem Mad Max 2 sekitar 1980.
Berbalik kepada kereta luar biasa ini, jentera itu dikatakan masih mampu melakukan perjalanan tambahan sejauh 60 kilometer sebelum ia kehabisan bahan bakar.

“Menjadi seorang pemandu rali membuatkan saya berkorbar-korbar untuk mencipta rekod dunia namun saya tidak sangka rekod dunia itu dicipta menerusi pemanduan kereta hidrogen.
“Saya mendapati Nexo ini mudah dipandu manakala dari segi pengendaliannya juga agak mudah selain posisi pemanduan juga amat baik dan tempat duduknya sangat selesa,” kata Reeves.

Nexo hadir dengan elemen untuk pemanduan di jalan terbuka, jarak perjalanan yang jauh selain dilengkapi bersama ruang kabin yang tenang dan sel bahan api yang senyap.
Berdasarkan Hyundai, perjalanan itu mengambil 13 jam dan enam minit dengan kelajuan kira-kira 66.9 kilometer sejam. Ia memberikan amaran bahawa bahan bakar semakin berkurangan ketika perjalanan mencecah sekitar 686 kilometer.

Amaran bahan bakar itu dilaporkan menyala semula selepas kenderaan itu berjaya membuat perjalanan 796km.
Ketika perjalanan itu, kenderaan berkenaan menggunakan 6.27 kilogram (kg) hidrogen pada kadar 0.706kg/100km dimana ia menghasilkan449,100 liter udara bersih.

Bagaimanapun, ia menghasilkan sifar karbon dioksida dimana pembakaran enjin dalaman menghasilkan kira-kira 126kg CO2 pada jarak yang sama.
“Saya sentiasa memeriksa kecekapan bahan apinya bagi meminimumkan perjalanannnya untuk mendapatkan setiap kilogram hidrogen.
“Saya menggunakan teknik pemanduan rali dengan menganggarkan perjalanannya termasuk menggunakan tips daripada bapa saya iaitu memandu trak pada jarak jauh juga sebenarnya boleh diguna pakai untuk Nexo,” ujarnya lagi.
Nexo yang merupakan kereta bertenaga hidrogen pertama Hyundai telah dilancarkan pada tahun 2019 dengan harga permulaan AS$59,000 (RM244,378).
Sejak itu, ia berjaya menembusi pasaran California, Amerika Syarikat apabila satu laporan turut mendedahkan sebanyak 400 hingga 500 kenderaan berkenaan beroperasi di negeri tersebut.
Ia juga yang merupakan kenderaan elektrik sel bahan api pertama dianugerahkanpenarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australia ANCAP.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
