Kebanyakan Jalan "Meriah" Pada Hari Pertama Total Lockdown!
Pelik tapi benar!
Pada hari pertama total lockdown semalam, suasana di sekitar ibu kota kelihatan cukup “aneh” apabila ribuan kenderaan membanjiri segenap jalan raya seawal pukul 7 pagi!
![]()
Kata total lockdown, tetapi kenapa boleh jam teruk?
Itu persoalan rata-rata netizen di media sosial yang menyifatkan kesesakan lalu lintas itu tidak sepatutnya berlaku ketika musim total lockdown fasa pertama bermula semalam.
Caricarz! difahamkan, kesesakan hanya berlaku berhampiran sekatan jalan raya (SJR) memandangkan pihak polis menjalankan pemeriksaan terperinci ke atas setiap pemandu yang melalui beberapa jalan utama di sekitar ibu kota.

Bagi menjawab persoalan netizen itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengakui kesesakan jalan raya berlaku dari pelbagai arah di sekitar ibu kota.
Hasil pemantauan DBKL juga mendapati aliran trafik agak perlahan dari Institut Jantung Negara menuju ke Bulatan Pahang termasuk di sekitar Kuala Lumpur-Seremban.
“Kesesakan juga berlaku di sekitar stesen minyak Petronas dan Shell Technology Park Malaysia (TPM) yang menuju ke Plaza Tol Sungai Besi,” katanya di Twitter.
Sebaliknya, lain pula kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyifatkan purata pergerakan kenderaan kelihatan berkurangan sekurang-kurangnya 80 peratus semalam.

Beliau menegaskan, kesesakan lalu lintas seperti mana yang dilaporkan itu sebenarnya hanya berlaku di sekitar SJR ketika orang ramai keluar untuk pergi ke tempat kerja.
Sementara itu, beberapa gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan suasana di Jalan Bukit Bintang kelihatan agak lengang manakala, hampir semua premis perniagaan ditutup.

Bagaimanapun, tahukah anda, jika anda tidak mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh, anda sebenarnya boleh dikenakan hukuman penjara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Usahlah, kita jadikan undang-undang itu sebagai ‘push-factor’ untuk kita baru bertindak tetapi tanamlah sikap bertanggungjawab dalam diri!
Apapun, sama-samalah kita berganding bahu untuk mengekang gejala Covid-19 dengan mengikut arahan pihak berkuasa.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Viral: Penunggang Motosikal Rempuh Kenderaan Polis
Seorang remaja maut selepas 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis.
11-04-2024
Ajaib! Pemandu Terselamat, Kereta Tertusuk Divider
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya tertusuk divider jalan.
15-11-2022
Berkempen Sehingga Langgar Undang-Undang Jalan Raya, PDRM Tak "Lepas"
Suasana berhampiran Parlimen Batu, Taman Koperasi Fasa 2 Kuala Lumpur kelihatan agak "meriah" apabila sekumpulan penyokong parti politik menunggang skuter elektrik dan ada yang menggunakan kereta buggy.
14-11-2022
Tahun Ini Sahaja, Ada Dua Kes Pemandu Rempuh Tiang MRT
Seorang lelaki warga India maut selepas kereta dipandunya merempuh tiang MRT.
09-11-2022
Berani Tahan Kenderaan Awam, Pengiring Marshal Kini Diburu Polis
Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam.
09-11-2022
PRU15: Sempena Musim PRU15, Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang musim PRU-15.
05-11-2022
Apa Fungsi Garisan Chevron?
JSPT kongsi beberapa tips untuk elak daripada melintasi garisan Chevron.
02-11-2022
Pemandu Rentung, Kereta Terbakar 100 Peratus
Satu mayat rentung ditemui di tempat duduk pemandu dalam sebuah kenderaan yang terbakar 100 peratus di kilometer 2.0 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
01-11-2022
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
