Liat Bayar Saman Sebab Mahal? PDRM Kini Tawar Diskaun 50 Peratus
Berita baik kepada pesalah trafik yang simpan berkepuk resit saman trafik polis sampai beribu ringgit?
Inilah masanya anda membayar semua saman tertunggak memandangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sampai 50 peratus .
-full.jpg)
Pengurangan kompaun saman trafik itu akan ditawarkan bermula esok (18 Jun) hingga 18 Julai ini.
Begitupun, tawaran diskaun sehingga 50 peratus ini hanya ditawarkan bagi saman tertentu sahaja.
“Diskaun ini tidak termasuk bagi kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos,” kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus ini ketika musim lockdown.
Mudah sahaja sebenarnya!
Anda hanya perlu mendaftar melalui portal rasmi PDRM di https://[email protected] atau bagi pengguna telefon bimbit, anda juga boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Play Store, Apple Apps Store dan Huawei Gallery.

Semua saman kini hanya boleh dibayar secara dalam talian.
Malah sepanjang kempen itu berlangsung, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19.
PDRM menawarkan diskaun sampai 50 peratus semata-mata untuk membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19.

Nampaknya, PDRM sudah cukup berhemah dengan kita, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk bayar semua saman anda!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1770
SELANGOR
BSN9721
JOHOR
JYU4091
PULAU PINANG
PSB2554
PERAK
APG4835
PAHANG
CFG1470
KEDAH
KGF1819
NEGERI SEMBILAN
NEJ9756
KOTA KINABALU
SJR2749
KUCHING
QAB5236N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
