MAA Memohon Supaya Kerajaan Mempertimbangkan Sektor Automotif Dibuka Semula!
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) merayu kepada kerajaan supaya membuka laluan untuk membenarkan sektor automotif beroperasi terutamanya yang terlibat dalam pengeksportan kenderaan dan komponen.
-full.jpg)
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, pihaknya berharap kerajaan mempertimbangkan industri automotif yang terlibat dalam kerja-kerja pengeksportan kenderaan dan komponen dibenarkan beroperasi semula.

“Kita merayu kerajaan membuka industri automotif yang terlibat dalam sektor tertentu (pengeksportan kenderaan dan komponen) dibenarkan beroperasi demi kelangsungan industri automotif.
“Langkah ini dilihat perlu kerana ia sekurang-kurangnya dapat melonjakkan jualan industri automotif,” katanya ketika dihubungi Caricarz.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sebuah laporan berita automotif yang mengatakan bahawa MAA telah menghantar surat rayuan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebaliknya sehingga hari ini MITI tidak mengendahkan rayuan MAA.

Laporan itu juga menyebut bahawa 700,000 pekerja automotif menghadapi risiko pemberhentian kerja, sektor eksport kenderaan komponen akan terhenti 100 peratus selain syarikat kenderaan terpaksa menanggung kos tinggi gara-gara perlu membayar ruang simpanan.
Malah, laporan itu juga mendakwa pendapatan negara akan terjejas memandangkan sektor automotif menyumbang sebanyak empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan itu sebaliknya menegaskan pihaknya menyedari mengenai bahaya pandemik Covid-19 ketika ini yang menyebabkan kerajaan terpaksa menangguhkan kebanyakan operasi perniagaan.
“Kita faham situasi sekarang malah semua industri dan persatuan sebenarnya merayu kepada kerajaan untuk membenarkan mereka beroperasi semula namun semua itu bergantung kepada keputusan kerajaan,” ujarnya ringkas.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat