ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Di Sebalik Pelaksanaan Total Lockdown, Ia Kini Boleh Ditempah Melalui eShowroom!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan pihaknya  kini sudah menerima pra-tempahan untuk model sedan terbaharunya,  Arteon R Line 4 MOTION!




Biarpun harganya masih belum dipastikan lagi, namun ketika pelancaran model itu, ia dikatakan  berharga  dalam anggaran RMRM245,000 dan RM255,000. 

Untuk makluman anda, Arteon yang merupakan jenama model flagship telah mula diperkenalkan di pasaran Malaysia sekitar tahun 2020.



Model kali ini telah menerima beberapa penambaikan terutamanya di bahagian dalaman dan luaran selain dikatakan dilengkapi dengan teknologi baharu termasuk enjin baharu.

Ia juga menjadi model pertama yang  menonjolkan logo Volkswagen dan R baharu.

Hadir dengan bampar dan jeriji hadapan yang telah direka semula selain Arteon juga dilengkapi dengan lampu depan LED depan termasuk lampu LED 3Dimensi dengan isyarat membelok.

Model ini dijana dengan enjin turbo 2.0 liter TSI dan dipadankan dengan kotak gear direct shift klac basah 7-kelajuan DSG.

Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 276 kuasa kuda, manakala torknya mencecah 350Nm pada takat 5,100 ke 6,500 rpm.

Arteon juga dilengkapi dengan sistem pacuan roda 4MOTION dan mampu memecut 5.6 saat dari 0-100 kilometer sejam (km/j).

Menjengah kabin dalamannya, bahagian sterengnya juga menerima penambaikan memandangkan ia hadir dengan kawalan sentuh haptic manakala, tempat duduk dibaluti dengan kulit Nappa Carbon.

Malah, ia juga bercirikan logo R yang baharu selain sistem audio 12 unit pembesar suara premium pula  berkuasa 700-watt buatan Harman Kardon. 

Terdapat juga infotainmen Discover Pro yang bersaiz 9.2 inci yang hadir dengan suara dan kawalan gerakan isyarat  termasuk sistem App-Connect untuk Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Tidak lupa juga, Kokpit Digital yang beresolusi tinggi dikatakan menawarkan pemanduan yang lebih kepada pemandunya.

Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termasuk Bantuan Lorong, Bantuan Sisi dan Amaran Pemandu.

Di sebalik semua ciri-ciri keselamatan ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai warna jentera ini?

Ia hadir dengan lima pilihan warna iaitu Lapiz Blue, Manganese Grey, Pyrite Silver Deep Black dan Oryx White



Anda boleh membuat tempahan di eShowroom Volkswagen. 

Untuk keterangan lanjut mengenai Arteon R-Line Motion, anda boleh layari laman web Volkswagen di volkswagen.com.my 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT7468

SELANGOR

BSU3867

JOHOR

JF6365J

PULAU PINANG

PSG3972

PERAK

APM2142

PAHANG

CFJ874

KEDAH

KGJ4505

NEGERI SEMBILAN

NEM2670

KOTA KINABALU

SJU5337

KUCHING

QAB7486P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-07-2023
Kereta Baru

27-03-2023
Berita Auto

23-12-2022
Pandu Uji

06-12-2022
Berita Auto

11-08-2022
Kereta Baru

02-08-2022
Kereta Baru

02-08-2022
Berita Auto

Volkswagen Tawar Penjimatan Kaw Kaw

VPCM menawarkan promosi hebat sempena pembukaan semula sektor ekonomi.

17-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.