Bakal Hasil Cip Sendiri, Volkswagen Nak Ikut Jejak Tesla & Apple?
Dalam temu bual bersama akhbar Jerman, Handelsblatt, Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Group, Herbert Deiss mengesahkan bahawa syarikat bercadang untuk mereka bentuk dan membangunkan sendiri cip berkuasa tinggi dan juga perisian penting lain bagi kegunaan kenderaan autonomi.
Untuk pengetahuan pembaca, Volkswagen telah pun mengumumkan tentang kehadiran kenderaan autonomi sepenuhnya yang pertama bagi syarikat ini iaitu van elektrik ID.Buzz dan juga ID.4 EV. Terkini, VW mengambil langkah berani dengan cubaan mereka untuk menghasilkan cip berkuasa tinggi sendiri bagi kenderaan autonomi yang dihasilkan.


"Bagi mencapai prestasi optimum ketika wujudnya permintaan kereta yang tinggi, perisian dan perkakasan (hardware) perlu dikeluarkan oleh satu pihak," ujar Diess.

Cariad, syarikat pembangunan perisian Volkswagen yang dulunya dikenali sebagai Car.Software bertanggungjawab untuk menghasilkan cip ini. Volkswagen dalam perancangan untuk melaburkan kira-kira 7 bilion euro (sekitar RM35 bilion) bagi Cariad menjelang 2025.

"Apple dan Tesla memiliki kecekapan yang lebih tinggi dari segi bagaimana semikonduktor ditakrifkan," kata Diess. Walaupun rancangan ini tidak memberikan kelebihan kepada Volkswagen dari segi bekalan, tindakan ini dilihat sebagai respon kepada Tesla, syarikat Amerika Syarikat yang telah berjaya mewujudkan ciri teknologi baharu dengan pantas. Pencapaian ini berjaya dilakukan disebabkan oleh kebolehan mereka untuk mengintegrasikan cip yang direka sendiri.
Volkswagen hanya bercadang untuk mereka bentuk cip komputer sendiri, namun pengeluarannya pula akan diserahkan kepada pembekal sedia ada. Langkah ini adalah sama seperti dilakukan Tesla yang menyerahkan pengeluaran cipnya kepada Samsung. Volkswagen juga bercadang untuk mempatenkan cip yang dihasilkan kelak.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!
VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.
13-03-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024
Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...
29-01-2024
Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.
15-01-2024
Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!
Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.
02-06-2023
BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China
BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.
02-05-2023
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat