ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Xingyue L Menawarkan Elemen Mewah Dan Paling Canggih

Suhana Veru

Kongsi melalui

Geely Auto  (Geely) yang merupakan jenama milik persendirian terbesar di China buat julung kalinya mempamerkan kenderaan utiliti sukan (SUV) mewahnya pada Pameran Auto Shanghai 2021 baru-baru ini.

Ia yang dinamakan sebagai Xingyue L dibina atas platform Arkitektur Modular Kompak (CMA).

Ia dijana dengan enjin petrol turbo 2.0 liter dengan suapan sistem suntikan bahan api terus yang dibangunkan secara bersama-sama antara Volvo dan Geely. 

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear jenis klac  basah berkembar tujuh-kelajuan atau transmisi automatik lapan- kelajuan.

Terdapat dua talaan enjin iaitu versi enjin berkuasa tinggi dimana ia mampu menghamburkan kuasa 234 kuasa kuda dan tork 380Nm dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j)dalam 7.9 saat.

Enjin kedua pula merupakan versi kuasa yang bersederhana dimana ia menghasilkan 214 kuasa kuda dan 325 Nm dan mampu memecut 0-100 km/j dalam 7.9 saat.


Dari segi dimensi kenderaan, ia dikatakan selebar 1,610 mm manakala jarak roda panjang pula 2,485mm.

Menjengah bahagian hadapannya, ia menampilkan ciri-ciri yang berani selain hadir dengan signaturnya iaitu masih mengekalkan konsep rekaan semesta (Expanding Cosmos) pada rekaan jeriji hadapan.

Ia juga dipadankan dengan tiga segmen lampu depan matriks dan terdiri daripada 126 lampu LED yang dapat dikawal secara individu.

Ini membolehkan kesan pencahayaan yang lebih terang.


Beralih ke bahagian belakang, terdapat lampu belakang jenis dot-matriks yang terdiri daripada 176 LED  pada jentera ini.

Ketika melihat dari bahagian belakang kereta ini, lampu yang disambungkan untuk membentuk satu jaluran menyebabkan ia memberi kesan cahaya yang berkaitan dengan kosmik pada jalur ini.


Ia dikatakan diinspirasikan oleh gambar klasik gunung dan aliran sungai yang mewakili SUV ini menyebabkan ia menimbulkan panorama sedap mata memandang di ruangan kokpit.

Sistem infotainmen adalah sepanjang satu meter. Geely Xingyue L mempunyai bahagian dalaman 2 tona manakala, tempat duduknya menggabungkan elemen tenunan klasik Cina.

Dari segi teknologi pula, Xingyue L dipadankan dengan sistem suara 10 speaker BOSE bersama  teknologi pengurangan kebisingan dan kalis bunyi dua lapis bagi memengurangkan kebisingan enjin yang memasuki kabin.

Lampu dalamannya juga telah dikemaskini kerana ia hadir dengan 72  skema pencahayaan atmosfera yang berlainan warna.



Lebih menarik, lampu telah  diprogramkan untuk bertindak balas terhadap mod pemanduan kereta.

Terdapat lima mod pemanduan iaitu Eco, Norm, Sport, Snow dan Offroad mod.

Xingyue L mempunyai akses ke ciri pemanduan autonomi tahap 2 selain dilengkapi dengan data berkelajuan tinggi 5G.

Bayangkan Xinglue L boleh dikatakan sebagai jelmaan manusia memandangkan ia boleh dipanggil dari tempat parkir dari 200 meter.

Malah, ia berupaya memandu sendiri mencari kawasan parkir dan meletakkan kereta itu secara automatik.

Menarik bukan?


Ia juga boleh diarahkan untuk mengambil pemandunya dalam jarak lingkungan 200 meter.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bilakah Geely akan melancarkan kereta ini di pasaran?

Malangnya, Xingyue bakal dilancarkan di pasaran China dalam tempoh terdekat ini. 

Malah, terdapat laporan antarabangsa yang mendedahkan bahawa syarikat itu berhasrat untuk memasarkan Xingyue L di pasaran global.

Apakah pendapat anda mengenai SUV canggih ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4902

SELANGOR

BSR6718

JOHOR

JA4418J

PULAU PINANG

PSD8749

PERAK

APJ9263

PAHANG

CFH1897

KEDAH

KGH1430

NEGERI SEMBILAN

NEK9535

KOTA KINABALU

SJT1341

KUCHING

QAB2164P

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Teknologi

04-03-2025
EV

16-02-2025
Global

24-01-2025
Global

22-01-2025
Global

17-01-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.