Dibina Dengan Teknologi Tercanggih, E-Trenpacu Generasi Terkini BMW iX & i4
BMW sedang bersedia untuk melancarkan model elektrik sepenuhnya iaitu BMW iX dan i4 dengan e-trenpacu yang dihasilkan menggunakan teknologi tercanggih yang dibangunkan oleh BMW sendiri.
![]()
Penghasilan e-trenpacu yang canggih dengan teknologi yang terkini ini didorong oleh semangat dan keinginan syarikat untuk meletakkan jenama BMW di hadapan berbanding pesaing yang lain.
Dua model elektrik baharu BMW ini menggunakan bateri bervoltan tinggi dan juga modul bateri generasi kelima yang menggunakan teknologi tercanggih yang wujud.

Selain pemasangan e-trenpacu yang baru sahaja bermula bagi BMW iX dan i4, kilang turut sedang berusaha untuk menghasilkan unit kuasa yang sama bagi iX3 sejak tahun 2020.
E-trenpacu yang dibina dengan menggunakan teknologi eDrive BMW generasi kelima ini membolehkan output unit pacuan, kandungan tenaga dan bateri yang bervoltan tingginya memiliki skala yang fleksibel.

Ini bermaksud, sistem e-trenpacu baharu boleh dilaraskan dan ditala supaya dapat disesuaikan dengan varian model yang berbeza-beza.
Setiap kenderaan menggunakan sehingga dua e-pacuan yang memiliki tahap integrasi yang tinggi, yang menggabungkan motor elektrik, kuasa elektronik dan transmisi dalam satu perumah yang sama.

Yang menariknya, berdasarkan prinsip reka bentuk current-excited rotor, e-trenpacu generasi kelima tidak memerlukan sebarang material yang diklasifikasikan sebagai logam nadir bumi.
Sebagai contoh, modul baterinya dihasilkan daripada sel bateri prismatik yang dibuat di setiap kilang pengeluaran BMW Group.

Sistem modular yang dihasilkan ini membolehkan bateri bervoltan tinggi bagi model khusus ini untuk dihasilkan dalam susunan yang fleksibel.
BMW sebenarnya telah menjangkakan permintaan bagi kereta elektrik meningkat pada masa akan datang.

Syarikat telah mengumumkan pelaburan mencecah 500 juta euro (kira-kira RM2,471,837,913) dalam usaha untuk memperluaskan kilang mereka yang berlokasi di Dingolfing.
Dengan cara ini, kilang akan memiliki kapasiti untuk menghasilkan lebih daripada 50,000 e-pacuan bermula daripada tahun depan.

Selain kilang Dingolfing, kilang di lokasi lain juga akan melalui proses penaiktarafan iaitu di Leipzig, Regensburg dan Steyr.
Kesemua lokasi yang dinyatakan menerima suntikan pelaburan mencecah 200 juta euro (kira-kira RM988,631,352).

Secara ringkasnya, kesemua pengeluaran standard bagi BMW iX akan dilakukan di kilang BMW Group Dingolfing, sementara itu BMW i4 pula di Munich pada musim luruh.
"Kami menganggarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kenderaan yang akan dihantar kepada pelanggan ialah kereta elektrik menjelang tahun 2030. Bagi mencapai sasaran ini, kami bergantung kepada kepakaran dalaman (untuk menghasilkan) trenpacu. Kami sedang meningkatkan kapasiti penghasilan trenpacu di lokasi sedia ada seperti di Dingolfing dan juga meningkatkan kemampuan di lokasi lain iaitu Regensburg and Leipzig,” kata Naib Presiden Pengeluaran Enjin & E-Pacuan BMW Group, Michael Nikolaides.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
