- Berita
- Berita Auto
- DS Automobile Akan Menjadi Penaja Utama Untuk EVER Monaco, DS 9 E-Tense Akan Diperkenalkan
DS Automobile Akan Menjadi Penaja Utama Untuk EVER Monaco, DS 9 E-Tense Akan Diperkenalkan
Pameran antarabangsa kenderaan mesra alam, Ever Monaco yang ditubuhkan sekitar tahun 2005 bertujuan untuk mempromosikan mobiliti lestari selain kenderaan tenaga yang boleh diperbaharui.
Oleh itu, Monaco mengalu-alukan kehadiran pemain yang paling banyak terlibat dalam meningkatkan kecekapan bahan api dan pembangunan bentuk tenaga baharu.

Pameran edisi ke-16 diadakan di Espace Fontvieille selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Mei lalu. Ia mendapat sokongan daripada kerajaan dan rakan kongsinya, Syarikat Gas dan Elektrik Monaco.
Satu pertunjukan umum termasuk perbincangan panel dan uji pandu DS 9 E-TENSE 225 akan turut diadakan pada pameran berkenaan.
DS Automobile ialah nama keluarga besar dalam elektrifikasi apabila hampir satu pertiga jualannya adalah daripada kenderaan elektrik atau plug in hibrid.

Sepanjang tahun 2020, jenama itu (DS Automobile) mencatatkan hasil pencapaian yang memberangsangkan dalam pembangunan strategi kenderaan elektrik sejak ia ditubuhkan pada 2014.
Monaco E-Prix akan membuat tujuh pusingan dalam Kejohanan Dunia FIA Formula E dimana DS Automobile memegang gelaran berganda untuk kategori Pemandu dan Pasukan.
Jean-Eric Vergne dan DS TECHEETAH merupakan juara dalam perlumbaan Formula E yang terakhir di Monaco.

“Edisi baharu EVER Monaco adalah pameran terpenting buat kami untuk memperkenalkan DS 9 memandangkan kereta salun elegan kami akan mula dijual.
“Penglibatan kami dalam pameran yang dikhaskan untuk mobiliti lestari turut menekankan strategi kenderaan elektrik sejak ia ditubuhkan pada tahun 2014. Hari ini, kami menjadi peneraju emisi karbon dioksida daripada pelbagai jenama tenaga di Eropah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif DS Automobile, Beatrice Foucher.
Sepanjang minggu ini tambahnya, pihaknya juga akan berada di Monaco untuk mencari kemenangan buat kali kedua secara berturut-turut bagi mempertahankan gelaran mereka dalam Formula E.
Berbalik kepada DS 9 E-TENSE, ia akan mula dijual pada tahun ini. Ia menawarkan kuasa plug in hibrid dimana ia mampu menghamburkan kuasa 360 kuasa kuda selain digandingkan dengan pemacu empat pacuan roda.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4451
SELANGOR
BSR6550
JOHOR
JA4193J
PULAU PINANG
PSD8530
PERAK
APJ9073
PAHANG
CFH1849
KEDAH
KGH1351
NEGERI SEMBILAN
NEK9496
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...
Kumpulan automotif multinasional, Stellantis, mengumumkan penurunan keuntungan sebanyak 48%.
30-07-2024
Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!
Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.
19-09-2023
DS Automobiles Tayang Dua "Buah Hati" Terbaharunya
DS Automobiles menayangkan model sedannya yang cukup canggih, elegan dan bergaya, DS 9.
31-03-2022
Kuasai Alunan Jalan Dengan Penuh Bergaya
DS Automobiles menampilkan generasi ketiga DS 3 Crossback yang merupakan kenderaan utiliti sukan crossmewah mewah.
24-12-2021
DS Automobiles Tayang Dua "Buah Hati" Terbaharunya
DS Automobiles menayangkan model sedannya yang cukup canggih, elegan dan bergaya, DS 9.
31-03-2022
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat