- Berita
- Berita Auto
- Muzium Koleksi Reka Bentuk Terkenal Itali Pamerkan Fiat 500 Sebagai Koleksi Terpenting – Ini Sejarahnya..
Muzium Koleksi Reka Bentuk Terkenal Itali Pamerkan Fiat 500 Sebagai Koleksi Terpenting – Ini Sejarahnya..
Lebih daripada sebulan yang lalu, ADI Design Museum telah mula dibuka kepada orang ramai. Muzium ini menyediakan ruang eksklusif bagi koleksi tetap yang menerima anugerah reka bentuk yang tertua dan paling berwibawa dunia iaitu "Compasso d'Oro" yang diwujudkan pada tahun 1954.
Muzium yang terletak di Piazza Compasso d’Oro, Milano, Itali ini menempatkan lebih daripada 2,300 produk dan projek termasuklah 350 buah koleksi yang menerima anugerah berprestij.
ADI Design Museum telah dibina dengan cara pengubahsuaian dan penggunaan sebaik mungkin elemen-elemen yang diambil daripada sebuah tapak arkeologi perindustrian yang wujud pada tahun 1930-an. Tapak ini pada asalnya digunakan sebagai tempat penyimpanan kereta kuda sebelum menjadi kilang pengedaran elektrik. Muzium ini meliputi kawasan yang bersaiz 5,000 meter persegi (53820 kaki persegi). Antara ruang-ruang yang ada ialah ruang pameran, perkhidmatan (kafe, kedai buku, tempat perjumpaan) dan conservatorship muzium serta pejabat.
Untuk mengakses muzium, orang awam boleh masuk melalui taman awamnya yang juga telah menerima anugerah rekaan “Compasso d’Oro."
Mengenai koleksi yang dipamerkan, salah satunya ialah Fiat 500, penerima anugerah pada tahun 1959 dan 2011.

Mewakili "Cinquino" ialah dua model Fiat 500; generasi pertama, model tahun 1957 dan generasi kedua, model tahun 2007.
Model 2007 ialah sebahagian daripada koleksi warisan yang menempatkan kereta-kereta seperti Alfa Romeo, Fiat, Lancia dan Abarth. Tahukah anda bahawa model ini diperkenalkan tepat 50 tahun selepas Fiat 500 yang pertama?
-(HP)-full.jpg)
-full.jpg)


"500 ialah ikon gaya Itali yang tidak pernah ketinggalan zaman. Selama beberapa dekad, ia telah memenangi hati peminat yang tidak terkira ramainya di seluruh dunia," ujar pereka bentuk yang terkenal dunia dan juga 'bapa' kepada Fiat 500 2007 dan ketua bahagian warisan muzium, Roberto Giolito.
"Sejak tahun 1956, Fiat 500 telah menyampaikan sentuhan warna dan senyuman dalam kehidupan seharian pelanggan di seluruh pelusuk dunia, model ini menjadi duta Itali dan juga simbol reka bentuk buatan Itali."
Sejarah 500 bermula daripada strategi pembangunan dan pembaharuan Fiat selepas Perang Dunia II, cetusan fikiran seorang pereka terkenal, Dante Giacosa.
Pengenalan Fiat 500 yang pertama pada musim panas 1957 telah dilakukan untuk mencipta kembali kejayaan yang dicapai melalui model sebelumnya, "Topolino."
Antara ciri penting Fiat 500 yang awal adalah termasuk badan kereta swasokong, enjin di bahagian belakang kereta dan empat roda bebas. Enjin yang digunakan ialah enjin dua silinder dingin udara, yang pertama bagi Fiat.
Model ini dihasilkan dalam lima siri berbeza sehingga mencapai 4 juta unit pada tahun 1975.
Fiat 500 telah menerima pelbagai anugerah dan antaranya ialah “Car of the Year” dan juga “Compasso d’Oro”.
Kejayaan kenderaan ini dibuktikan lagi apabila Fiat 500 turut dijadikan koleksi tetap di Museum of Modern Art (MoMA), New York pada tahun 2017. Bukan itu sahaja, model generasi kedua tahun 2007 ini juga menjadi lambang kepada gaya dan fesyen Itali.
Pada tahun 2020, Fiat 500 generasi ketiga telah diperkenalkan sebagai model elektrik sepenuhnya yang pertama bagi jenama ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
