Mercedes-Benz Kelas-E Ditayangkan Secara Umum: Rebut Dua Varian Ini
Mercedes-Benz Kelas E yang dikemaskini sudah mendarat dalam pasaran Malaysia namun jentera ini telah diperkenalkan secara global pada Mac tahun lalu.
Ia yang dipasang di kilang pemasangan Mercedes-Benz di Pekan, Pahang ditawarkan dengan dua varian iaitu E 200 Avantgarde dan E 300 AMG Line. Ciri kereta Kelas-E ini telah diperkemaskini di kedua-dua bahagian luaran dan dalaman.
Varian E 200 didatangkan dengan penampilan Avantgarde dimana ia menekankan ciri elegan dan ketangkasan kenderaan ini. Ia memiliki gril baharu yang lebih nipis, lampu hadapan dan lampu belakang LED berprestasi tinggi, terdapat benjolan di bahagian bonet dan rim aloi lima jejari yang bersaiz 18 inci.
-full.jpg)
Sementara itu, E 300 AMG Line mempamerkan bampar baharu yang diselaraskan dengan nilai estetika AMG bersama rim aloi lima jejari bersaiz 19 inci. Selain itu, lampu depannya pula adalah jenis LED Multibeam yang kini dipadankan dengan lampu tinggi Ultra Range.

Menjengah bahagian belakang pula, bahagian bamparnya juga telah dikemaskini manakala, lampu belakangnya kelihatan seolah-olah terbelah dua dan penutup but juga telah direka semula.
Malah, rekaan dalaman lampu belakang juga dikatakan telah diubahsuai untuk semua model.

Dari segi penawaran, varian E 200 hadir dengan enjin M264 2.0 liter, empat silinder pengecas turbo dan dipadankan bersama sistem transmisi kotak gear automatik 9G-Tronic mampu menghamburkan kuasa 194 kuasa kuda dan daya kilasnya 320Nm.
Namun lain pula bagi varian E 300, ia dikatakan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi iaitu 255 kuasa kuda dan 370Nm. Ini menyebabkan varian E mampu memecut dalam masa 7.4 saat dengan kelajuan tertinggi sehingga 212 kilometer sejam (km/j) manakala, AMG Line pula merekodkan pecutan pada kadar 6.2 saat dengan kelajuan tinggi 250 kilometer.
Beberapa ciri dalamannya juga turut dikemaskini termasuk roda stereng pelbagai fungsi yang serba baharu kerana ia dipadankan dengan butang Kawalan Sentuh, trim aluminium, hiasan kayu pada konsol tengah termasuk kawalan iklim automatik termatik dua zon.
Malah, ia juga hadir dengan kerusi hadapan boleh larasan elektrik dengan fungsi memori pelindung suria pada cermin belakang dan bahagian dalaman kedua-dua varian didatangkan dengan kemasan kulit Artico. Selain itu, generasi terbaharu sistem multimedia MBUX (Pengalaman Pengguna Mercedes-Benz) termasuk untuk Kelas-E.

Ia juga dilengkapi dengan kokpit skrin yang lebar termasuk dua skrin 12.3-inci sekali gus memberikan akses yang lancar untuk pemandu.

Dari segi keselamatan, E 200 dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan Mercedes-Benz, Bantuan Brek Aktif, Bantuan Parkir Aktif dengan Parktronic, Bantuan Titik Buta dan kemasukan Tanpa Kunci-Go.
Varian E-300 pula ditambahkan dengan ciri kamera 360 darjah dan Pakej Bantuan Pemanduan yang terdiri daripada Bantuan Jarak Aktif Distronic, Bantuan Steereng Aktif, Bantuan Kekal Laluan Aktif, Bantuan Titik Buta Aktif dan Pre-Safe® PLUS.
Dalam pada itu, jentera Kelas-E ini turut menawarkan Urban Guard. Ia merupakan satu pakej perlindungan kenderaan yang menawarkan pemantauan menyeluruh kenderaan yang termasuk sistem penggera anti-pencuri, perlindungan tunda dan siren penggera siren.
Malah, ia turut menawarkan pemantauan dalaman dan pra pemasangan pengesan kecurian dan perlanggaran di kawasan parkir. Terdapat dua jenis cat baharu untuk Kelas-E yang dinamakan sebagai Grey Metallic dan High-Tech Silver.
Harga permulaan E 200 ialah sekitar RM326,943 manakala, E 300 pula bermula dari harga RM275,432. Harga ini termasuk jaminan empat tahun jarak perjalanan tanpa had bersama pengecualian cukai jualan dimana ia dijangka akan berakhir pada hujung Disember ini.
Sehubungan itu, Mercedes-Benz turut menawarkan ansuran bulanan yang lebih rendah menerusi program pembiayaan Step Up Agility Financing.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.
14-01-2026
Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.
26-06-2025
Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta
Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.
05-06-2025
Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!
Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...
16-08-2024
Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!
MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam
08-08-2024
Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!
Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?
05-07-2024
Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...
04-07-2024
Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...
04-07-2024
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat