Kerajaan Selangor Beri Rebat Pengangkutan Ke PPV!
Berita baik kepada semua warga Selangor, tidak kira tua atau muda!
Anda semua kini berpeluang menikmati rebat sebanyak RM20 jika menggunakan Grabcar untuk mendapatkan suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) sekitar negeri Selangor.
-full.jpg)
Langkah itu diambil bagi meringankan beban kewangan penduduk yang ketika ini terpaksa mengharungi kehidupan yang mencabar dalam menghadapi krisis Covid-19.
Malah, semakin ramai yang mula kehilangan sumber pendapatan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.
Menyedari penderitaan rakyatnya, kerajaan Negeri Selangor sanggup memperuntukkan bajet sebanyak RM1 juta yang bakal memberi manfaat sekurang-kurangnya kepada 50,000 individu.
“Pemberian rebat pengangkutan ini dibuka kepada semua rakyat Selangor, tidak kira tua atau muda yang layak mendapatkan vaksin.
“Pada 9 Jun lepas, saya ada mengumumkan rebat pengangkutan terhad kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas namun kali ini, ia dibuka kepada semua lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan.

Inisiatif itu merupakan kerjasama strategik antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bersama Grab Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai rebat itu, Amirudin berkata, kaedah pemberian subsidi kos pengangkutan adalah sebanyak RM20 untuk seorang.
Kadar bayaran itu merangkumi kos tambang pergi dan balik dengan kadar lebih kurang RM10 bagi setiap sehala perjalanan.

Untuk makluman anda, permohonan rebat itu boleh dibuat menerusi laman platselangor.com.
Bagaimanapun, rebat ini hanya diberikan kepada tempoh perjalanan yang bermula dari 1 Julai lalu hingga 30 September ini.
Penduduk Selangor boleh menggunakan rebat Grabcar ini jika mahu ke 40 PPV yang terpilih di sekitar negeri Selangor.
Terima kasih kerajaan negeri Selangor!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat